Berita Harian

Ibu dera bayi tujuh bulan ditahan

-

Butterwort­h: Polis menahan seorang wanita dipercayai mendera dan memukul bayi lelakinya berusia tujuh bulan hingga menyebabka­n lebam pada badan serta mata dalam kejadian di sebuah pangsapuri, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata polis menerima laporan daripada bapa bayi terbabit yang memaklumka­n anaknya dipercayai dipukul dan didera, namun tidak mengetahui perbuatan siapa.

Beliau berkata, menurut lelaki berusia 28 tahun yang bekerja sebagai mekanik itu, isterinya yang sudah tidak tinggal bersamanya datang menghantar anak mereka di rumahnya dekat Kuala Bekah, di sini pada jam 4.30 petang Ahad lalu.

“Lelaki berkenaan kemudianny­a meminta kakak iparnya untuk memandikan anaknya sebelum dia diberitahu kakak iparnya terdapat kesan lebam pada bahagian badan serta mata anaknya.

“Dia kemudian membawa anaknya ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk pemeriksaa­n lanjut sebelum pegawai perubatan mengesahka­n terdapat kesan lebam di dahi, muka dan perut sebelah kiri, selain terdapat pendarahan di mata kanan,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Noorzainy berkata, sebelum itu lelaki terbabit ada bertanyaka­n mengenai perihal bayi lelakinya kepada isterinya pada hari wanita itu menghantar anak mereka.

“Ini memandangk­an isterinya menghantar anak secara tiba-tiba dan wanita itu hanya menjawab anak mereka terjatuh dari buaian, namun sebelum itu dia ada menerima surat rawatan anaknya dari sebuah hospital swasta.

“Lelaki terbabit sudah tidak sehaluan dan tinggal berasingan dengan isterinya yang mana bayinya itu sering dijaga ibu mentua dan kadangkala isterinya,” katanya.

Noorzainy berkata, bertindak melalui laporan yang diterima, polis menahan ibu bayi terbabit yang berusia 25 tahun untuk siasatan lanjut.

“Soal siasat mendapati suspek mengatakan anaknya mungkin terjatuh dari buaian semasa dalam jagaan kawan lelakinya di sebuah pangsapuri yang didiaminya dan tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) terdapat di lokasi kejadian.

“Keterangan yang diberi suspek meragukan dan polis mengesyaki dia dan rakan-rakannya adalah penagih dadah.

“Ujian air kencing ke atas suspek mendapati dia positif dadah dan mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes narkotik,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

 ?? (Foto ihsan PDRM) ?? Lebam yang terdapat pada badan bayi lelaki dipercayai didera ibu kandungnya di sebuah pangsapuri dekat Butterwort­h.
(Foto ihsan PDRM) Lebam yang terdapat pada badan bayi lelaki dipercayai didera ibu kandungnya di sebuah pangsapuri dekat Butterwort­h.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia