Berita Harian

Isteri hamil maut kena tetak suami

Suspek warga asing berusia 22 tahun ditahan selepas tujuh jam bersembuny­i

- Oleh Abdul Rahemang Taiming bhnews@bh.com.my

Tawau: Angkara cemburu, seorang buruh ladang tergamak menetak leher isterinya yang hamil sehingga mati dalam kejadian dalam kawasan ladang kelapa sawit, dekat sini, Ahad lalu.

Difahamkan dalam kejadian jam 5 petang itu, Norhasnah Sahanin, 20-an, ditemui meninggal dunia di ruang tamu sebuah rumah kongsi tidak bernombor dekat Kampung Tanah Merah Checkpoint, Kilometer 50, Jalan Tawau-semporna.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, berkata polis yang menerima laporan kejadian itu pada jam 7.06 malam bergegas ke lokasi kejadian sebelum gerakan memburu suspek dilancarka­n.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek yang juga warga asing berusia 22 tahun dan bekerja sebagai buruh ladang di situ melarikan diri selepas kejadian itu.

“Suspek ditahan selepas tujuh jam bersembuny­i di ladang kelapa sawit kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian pada jam 12.05 tengah malam.

“Turut dirampas, sebilah parang panjang berukuran 68 sentimeter bersama sarung parang biru dan sehelai seluar panjang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Peter berkata, siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca akibat suspek mengetahui hubungan sulit isterinya, namun mangsa enggan menceritak­an hubungan sulit itu dengan lebih lanjut.

Katanya, pemeriksaa­n awal ke atas fizikal mangsa mendapati satu kesan tetakan di belakang leher disyaki menggunaka­n senjata tajam, selain si mati juga dipercayai sedang mengandung.

“Suspek kini ditahan reman tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Suspek (gambar kecil)

Keadaan lokasi

 ?? (Foto ihsan polis) ?? kejadian di rumah kongsi Kampung Tanah Merah Checkpoint, Kilometer 50, Jalan Tawau-semporna.
(Foto ihsan polis) kejadian di rumah kongsi Kampung Tanah Merah Checkpoint, Kilometer 50, Jalan Tawau-semporna.
 ??  ?? ditahan bersama parang selepas tujuh jam bersembuny­i.
ditahan bersama parang selepas tujuh jam bersembuny­i.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia