Berita Harian

Jenazah dikebumi selepas 4 jam tertangguh

Mangsa kemalangan dibawa semula ke hospital akibat silap laporan

- Oleh Hazira Ahmad Zaidi bhnews@bh.com.my

Bachok: Jenazah mangsa kemalangan, Che Azhar Che Lah, 51, dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Serdang Muda, Pak Badol, petang semalam, selepas empat jam tertangguh.

Jenazah Allahyarha­m Che Azhar dikebumika­n kira-kira jam 3 petang semalam, selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Tengku Anis Pasir Puteh.

Adik arwah, Cik Siti Aishah, 42, bersyukur kerana urusan pengebumia­n jenazah abangnya selesai dalam tempoh beberapa jam selepas dibawa ke hospital untuk kali kedua.

“Kami sekeluarga juga berterima kasih kepada semua pihak, termasuk anggota polis, pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat serta penduduk sekitar kerana membantu mengurus jenazah abang.

“Meskipun kehilangan arwah dalam sekelip mata disebabkan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelawat,

kemalangan, namun kami reda dan berdoa semoga rohnya ditempatka­n dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Serdang Muda, Pak Badol, di sini, semalam.

Jenazah Che Azhar yang meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan malam tadi sepatutnya dikebumika­n jam 11 pagi semalam, namun terpaksa dibawa semula dari tanah perkuburan ke rumahnya di Kampung Pak Badol.

Jenazah terpaksa dibawa semula ke hospital dan menjalani bedah siasat dipercayai disebabkan kesilapan hospital membuat laporan kematian mangsa.

Difahamkan, pihak hospital menyatakan punca kematian akibat serangan jantung dan tidak memaklumka­n berlaku kemalangan.

Meskipun kehilangan arwah dalam sekelip mata disebabkan kemalangan, namun kami reda. Cik Siti Aishah,

Adik arwah

 ?? (Foto Hazira Ahmad Zaidi/bh) ?? di Kampung Pak Badol, Bachok, semalam.
Abdul Aziz Kadir (dua dari kiri) menziarahi jenazah Che Azhar
(Foto Hazira Ahmad Zaidi/bh) di Kampung Pak Badol, Bachok, semalam. Abdul Aziz Kadir (dua dari kiri) menziarahi jenazah Che Azhar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia