Berita Harian

Cadang Akademi Tinju FELDA jadi pondok polis

Elak bangunan dibina dengan kos RM7 juta terus terbiar

- Oleh Abnor Hamizam Abd Manap bhnews@bh.com.my

Jempol: Akademi Tinju FELDA yang terbiar sejak tiga tahun lalu, dicadang dijadikan Pondok Polis FELDA Serting Hilir Kompleks bagi mengelak bangunan dibina dengan kos RM7 juta itu menjadi projek gajah putih.

Ahli Parlimen Jempol, Datuk Mohd Salim Sharif, berkata cadangan itu akan dikemukaka­n kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin secepat mungkin.

Beliau berkata, akademi itu terbiar selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan sebaik menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu dan sejak dibuka pada 2015 hanya dua kali kejohanan diadakan di situ.

“Tiada peruntukan disalurkan kepada akademi berkenaan menyebabka­n ia terbiar sehingga ditumbuhi

Keadaan Akademi Tinju FELDA

semak-samun, selain ada pendawaian elektrik turut dicuri.

“Saya mencadangk­an pihak kementeria­n beli daripada FELDA bagi mengelak ia terbiar lebih lama, apatah lagi kawasan FELDA di sini memerlukan sebuah pondok polis.

“Pondok polis yang sedia ada juga sudah terbiar lebih 10 tahun kerana kekangan pelbagai perkara, termasuk tanah yang masih menjadi hak milik FELDA,” katanya selepas mengadakan lawatan ke pondok polis dan akademi tinju kelmarin.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serting, Datuk Shamshulka­har Mohd Deli dan Ketua Polis Daerah Jempol, Superinten­dan Hoo Chang Hook.

Selain pondok polis, beliau berkata, bangunan di akademi tinju itu juga sesuai dijadikan Sekolah Latihan Kontinjen (SLAK) polis Negeri Sembilan.

“Saya juga dimaklumka­n akademi berkenaan tidak lagi dijadikan pusat latihan atau pun penganjura­n sebarang kejohanan tinju. Daripada ia terbiar begitu sahaja, ada baiknya pihak kementeria­n berunding dengan FELDA bagi menjadi pemilik baharu bangunan itu,” katanya.

Mohd Salim yang juga Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, kawasan itu memerlukan sebuah pondok polis berikutan balai polis terdekat terletak kira-kira 30 kilometer.

 ?? (Foto Abnor Hamizam/bh) ?? di Jempol yang terbiar sejak tiga tahun lalu.
(Foto Abnor Hamizam/bh) di Jempol yang terbiar sejak tiga tahun lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia