Berita Harian

15 pemuda indahkan tanah perkuburan

-

Kota Bharu: Selain aktif menggalas tugas sebagai penggali kubur, 15 pemuda di Kampung Kota Jembal, di sini, mengambil inisiatif mengecat batu nisan dan belindan bagi memastikan tanah perkuburan kelihatan kemas dan terjaga.

Sikap mereka yang berusia antara 20 hingga 40 tahun itu wajar dicontohi kerana sanggup meluangkan masa selepas waktu bekerja berganding bahu menjaga keindahan Tanah Perkuburan Islam Beris Harab, Kota Jembal, di sini.

Mohd Amirul Abd Kadir, 26, tugas itu menerbitka­n kesedaran tinggi bahawa setiap insan yang hidup pasti akan meninggal dunia.

“Kami menghabisk­an tempoh selama dua jam setiap petang bergotong-royong membersihk­an tanah perkuburan sebelum mengecat batu nisan dan belindan.

“Dalam tempoh kurang seminggu, proses mengecat hampir siap di tanah perkuburan seluas 0.8 hektar ini.

“Sebenarnya, masing-masing ada komitmen kerja sendiri, namun berusaha meluangkan masa pada sebelah petang untuk turut serta bergotong-royong,” katanya ketika ditemui di tanah perkuburan itu, semalam.

Tanah perkuburan berkenaan membabitka­n penduduk di beberapa penempatan seperti Kampung Senang, Kampung Kedai Lalat, Kampung Kubang Badak, Kampung Tokku dan Kampung Kedondong.

Kumpulan anak muda itu juga mengambil tugas menggali kubur jika berlaku kematian di kampung terbabit selepas mendapat tunjuk ajar ‘orang lama’, malah mereka berebut untuk melakukan pekerjaan berkenaan yang biasanya jarang dilakukan orang muda.

Bagi Mohd Lokman Roslan, 28, tanah perkuburan itu menjadi port lepak buatnya, pada masa sama, dapat turut membabitka­n diri dalam sebarang aktiviti menjaga keindahan tanah perkuburan berkenaan.

“Sebelum ini, sebut sahaja tanah kubur mesti ada stigma menggambar­kan ia sebagai tempat yang menakutkan, namun dengan adanya aktiviti seperti ini golongan anak muda akan lebih memahami, selain sentiasa berfikir mengenai kematian supaya kami dapat menjadi insan yang lebih baik,” katanya yang turut berterima kasih kepada beberapa individu yang memberikan sumbangan cat kepada mereka.

 ?? (Foto Syaherah Mustafa/bh) ?? Mohd Lokman (kanan) mengecat batu nisan dan belindan bersama rakan di Tanah Perkuburan Islam Beris Harab, Kota Jembal, semalam.
(Foto Syaherah Mustafa/bh) Mohd Lokman (kanan) mengecat batu nisan dan belindan bersama rakan di Tanah Perkuburan Islam Beris Harab, Kota Jembal, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia