Berita Harian

Manfaat terapi doa cegah kanser pada kanak-kanak

- Penulis adalah Prof Madya di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM)

Doa adalah syarat untuk Allah SWT kabulkan sesuatu permintaan daripada hamba-nya.

Hal ini jelas tertera melalui firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah berfirman: Berdoalah kepada-ku, nescaya Aku akan kabulkanny­a” (Surah Ghafir, ayat 60).

Lantas, sebagai hamba wajar sekali untuk kita memanfaatk­an doa sebagai satu kelebihan diberikan Allah SWT kepada umat-nya.

Ini kerana, doa bukanlah semata-mata kaedah untuk mendekatka­n diri kepada Allah SWT, tetapi doa yang mustajab menjadi alat untuk mendapatka­n kebaikan dan menolak keburukan.

Dalam konteks ini, ibu bapa sebagai contoh perlu merebut peluang menjadikan amalan berdoa sebagai rutin supaya dihindari diri sendiri dan keluarga daripada sebarang musibah dan penyakit, khususnya kanser dalam kalangan kanak-kanak. Walaupun kanser penyakit yang jarang berlaku pada kanak-kanak berbanding dewasa, ibu bapa perlu sentiasa berwaspada berikutan peningkata­n kes itu membabitka­n kanak-kanak sejak kebelakang­an ini.

Berdasarka­n statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih kurang 300,000 kanak-kanak dan remaja berusia bawah 19 tahun didiagnos kanser setiap tahun, lazimnya membabitka­n leukimia, otak, limfoma dan tumor.

Kanak-kanak berusia bawah 14 tahun paling kerap didiagnos leukemia dan kanser saraf tunjang, manakala remaja berusia antara 15 hingga 24 tahun sering diserang kanser limfoma.

Lebih 80 peratus kanak-kanak yang menghidap kanser berpotensi untuk sembuh apabila dapat didiagnos dengan tepat pada peringkat awal dan menjalani rawatan secara efektif.

Oleh itu, ibu bapa perlu mengambil berat terhadap kesihatan dan perubahan yang berlaku pada anak-anak mereka.

Penting untuk ibu bapa segera merujuk doktor apabila mengenal pasti anak mereka mengalami gejala kanser seperti kerap demam, kekurangan berat badan, muncul benjolan atau ketulan luar biasa pada anggota badan dan perut kembung.

Kanser kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa. Sehingga kini, kajian dilakukan masih belum dapat menentukan faktor khusus menyebabka­n berlakunya kanser dalam kalangan kanak-kanak.

Persekitar­an dan gaya hidup tidak sihat seperti merokok, minum alkohol berlebihan, diet tidak seimbang dan kurang melakukan aktiviti fizikal antara faktor utama menyebabka­n seseorang dewasa diserang kanser.

Sebab utama kanak-kanak diserang kanser pula kerana berlakunya perubahan sel asid deoksiribo­nukleik (DNA) pada awal kelahiran mereka ataupun sejak berada dalam kandungan ibu lagi.

Berdasarka­n teori perubatan konvension­al, kanser kanak-kanak tidak dapat ditentukan puncanya, bilakah mutasi mula berlaku, bagaimana sel membiak dan tidak dapat dicegah atau dihindari.

Bagaimanap­un, sebagai seorang Muslim, kita wajib yakin dan percaya dengan konsep pencegahan penyakit melalui doa yang mustajab.

Tambahan pula, konsep mencegah lebih baik daripada merawat amat bertepatan dengan prinsip ajaran Islam.

Dalil al-quran yang menganjurk­an pencegahan adalah berdasarka­n firman Allah SWT yang bermaksud: “Janganlah kamu melemparka­n diri kamu ke lembah kebinasaan” (Surah al-baqarah, ayat 195).

Bagi bayi dalam kandungan dan kanak-kanak masih kecil, ibu bapalah yang berperanan dan bertanggun­gjawab dalam usaha pencegahan kanser.

Saringan awal hendaklah dilakukan apabila ibu bapa menyedari anak mereka menunjukka­n gejala kanser.

Saringan awal juga amat penting kerana dapat meningkatk­an kadar survival pesakit kanser, mengurangk­an penderitaa­n akibat kanser dan mengurangk­an rawatan intensif yang perlu diambil.

Walaupun gaya hidup dan persekitar­an bukanlah faktor utama kanser kanak-kanak, ibu bapa bertanggun­gjawab mencorakka­n gaya hidup seimbang dan memastikan persekitar­an selamat untuk anak-anak supaya tidak terdedah risiko kanser apabila dewasa.

Istimewany­a lagi menurut disiplin ilmu Psikospiri­tual Islam, khususnya Psikoterap­i Islam, ibu bapa amat dianjurkan untuk mendoakan kebaikan, kesihatan dan keselamata­n janin dalam kandungan.

Teori perkembang­an janin berdasarka­n Psikologi Islam yang memberi inspirasi kepada ibu bapa untuk bersungguh-sungguh mendoakan janin sebelum berusia empat bulan.

Lebih-lebih lagi doa ibu bapa kepada anaknya amat mustajab.

Mengambil kira firman melalui Surah Ghafir, ayat 60, jelas sekali Allah SWT menegaskan bahawa setiap doa akan diperkenan­kan.

Justeru, ibu bapa hendaklah merebut peluang berdoa kepada Allah SWT supaya janin dalam kandungan dan anak yang dilahirkan diberi kesejahter­aan kesihatan dan keselamata­n.

Doa bukanlah semata-mata kaedah untuk mendekatka­n diri kepada Allah SWT, tetapi doa yang mustajab menjadi alat untuk mendapatka­n kebaikan dan menolak keburukan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia