Berita Harian

Teks hadis sarat sumber ilmu, khazanah budaya

- Muazah Abu Samah adalah Pensyarah Institut Pendidikan Guru Sultan Abdul Hamid, Sungai Petani

Teks hadis Nabi Muhammad SAW sarat menyimpan pelbagai aspek bidang ilmu antaranya berkaitan akidah, syariah, sains, bahasa dan peradaban Islam.

Namun, tidak kurang menarik perhatian untuk dikaji adalah bidang ilmu berkaitan aspek budaya. Sedar atau tidak, teks hadis hakikatnya satu rakaman khazanah sosiobuday­a masyarakat Arab sekitar 1,400 tahun dahulu yang kekal terpelihar­a hingga hari ini.

Gambaran kehidupan masyarakat Arab khususnya di Makkah dan Madinah dirakamkan dengan sangat rapi dan teliti melalui disiplin ilmu yang sangat tinggi serta disebarkan ke seluruh pelusuk dunia dari generasi ke generasi.

Khazanah ilmu terdapat di sebalik periwayata­n hadis Baginda SAW secara tidak langsung sedikit sebanyak menyelitka­n elemen budaya masyarakat Arab yang sangat tinggi nilai harganya.

Elemen budaya yang tersirat di sebalik hadis Baginda turut menarik untuk dikaji sebagai satu cara untuk lebih memahami dan menghayati mesej dakwah Nabi SAW.

Kenyataan itu bertepatan pandangan Pensyarah Kanan Pengajian Terjemahan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Wan Rose Eliza Abdul Rahman, yang menegaskan elemen budaya adalah sumber ilmu relevan dan sesuai dijadikan sebagai wadah untuk berkomunik­asi dan memahami tingkah laku sosial sesebuah masyarakat.

Oleh itu, melalui teks hadis Rasulullah SAW, kita dapat meninjau secara lebih dekat suasana kehidupan masyarakat Arab suatu ketika dahulu serta menyelami lebih mendalam mesej disampaika­n Baginda.

Antara elemen budaya terdapat dalam teks hadis ialah kategori budaya ekologi yang terdiri budaya muka bumi, fauna dan flora. Contoh teks hadis yang mengandung­i elemen budaya ekologi seperti mafhum hadis berikut:

“Dan sesungguhn­ya Allah SWT jauh lebih gembira dengan taubat seseorang daripada musafir yang menemui kembali untanya di padang pasir.” (Hadis riwayat al-bukhari).

Berdasarka­n mafhum hadis ini dapat difahami bahawa Allah SWT sangat gembira terhadap taubat hambanya.

Penggunaan uslub perbanding­an dengan menyelitka­n elemen budaya dalam hadis ini berjaya memberikan gambaran jelas betapa kegembiraa­n Allah untuk menerima taubat hambanya jauh mengatasi kegembiraa­n seseorang yang menemui kembali untanya (budaya fauna) yang hilang di padang pasir yang luas, gersang lagi kering kontang (budaya muka bumi).

Melalui hadis ini juga secara tidak langsung kita dapat menyelami budaya masyarakat Arab ketika itu, yang sangat bergantung hidup kepada unta.

Contoh kedua dalam teks hadis bermaksud; “Demi Allah, apabila ada seorang sahaja yang mendapat petunjuk melalui dirimu, maka itu adalah lebih baik bagimu daripada unta merah (jenis unta yang paling baik).” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Secara tersirat mafhum hadis ini turut memberikan gambaran mengenai latar belakang sosiobuday­a masyarakat Arab ketika itu yang sangat memandang tinggi dan menghargai unta, khususnya daripada kategori ‘unta merah’ mengatasi semua barangan berharga lain.

Kedua-dua contoh ini secara tidak langsung menjadi bukti keistimewa­an hadis Baginda SAW yang menyimpan mutiara ilmu sangat bernilai dan perlu terus digali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia