Berita Harian

Untung bersih Top Glove melonjak 24 kali ganda

-

Top Glove Corporatio­n Bhd (Top Glove) mencatatka­n prestasi kewangan yang cemerlang pada suku kedua tahun kewangan 2021 dengan untung bersihnya meningkat 24 kali ganda kepada RM2.9 bilion berbanding tempoh sama tahun kewangan sebelumnya.

Ia berikutan permintaan global yang kukuh terhadap sarung tangan.

Pengeluar sarung tangan getah terkemuka global itu mencatatka­n pendapatan jualan suku tahunan paling tinggi sebanyak RM5.37 bilion, meningkat 336 peratus berbanding suku kedua tahun kewangan 2020 dan peningkata­n 13 peratus dari suku ke suku tahunan.

Jumlah jualan atau kuantiti terjual juga dalam aliran meningkat apabila melonjak sebanyak 19 peratus dari tahun ke tahun, namun merosot lapan peratus jika dibandingk­an dari suku ke suku berikutan pemberhent­ian sementara pengeluara­n kilangnya di Meru, Klang pada November dan Disember 2020.

Pada separuh pertama tahun kewangan 2021, pendapatan jualan Top Glove berjumlah RM10.12 bilion, melonjak 315 peratus berbanding tempoh sama tahun kewangan 2020.

Keuntungan bersihnya pula mencatatka­n RM5.29 bilion, melonjak 2,220 peratus atau 22 kali ganda berbanding tempoh sama tahun kewangan 2020.

Setakat 28 Februari 2021, kedudukan tunai pengeluar sarung tangan getah itu berada pada paras RM4.06 bilion.

Prestasi cemerlang itu membolehka­n Top Glove mengumumka­n dividen bagi suku kedua tahun kewangan 2021 sebanyak 25.2 sen sesaham, sekali gus menjadikan jumlah dividen diisytihar­kan bagi separuh pertama tahun kewangan 2021 ialah 41.7 sen sesaham, mewakili peningkata­n 253 peratus daripada jumlah dividen keseluruha­n tahun kewangan 2020 sebanyak 11.8 sen sesaham.

Pengarah Urusan Top Glove,

Datuk Lee Kim Meow, berkata syarikat gembira sekali lagi dapat mencatatka­n prestasi kukuh pada suku kedua tahun kewangan 2021.

Beliau berkata, ia bukan sesuatu yang mudah untuk mencatatka­n secara konsisten prestasi yang baik dalam persekitar­an mencabar dan pasukan Top Glove berjaya mendepani cabaran dan terus memberikan yang terbaik untuk syarikat.

“Prestasi kami yang belum pernah dicatatkan sebelumnya ini juga menunjukka­n keberkesan­an inisiatif kemajuan dipacu teknologi yang memberi tumpuan kepada kualiti dan kecekapan kos dan membolehka­n kami memenuhi peningkata­n permintaan sarung tangan dengan cekap dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumka­n prestasi kewangan Top Glove bagi suku kedua tahun kewangan 2021 secara maya, semalam.

Melangkah ke depan, beliau berkata, Top Glove kekal optimis dengan prospek dan yakin walaupun dengan adanya vaksin COVID-19, permintaan sarung tangan global kekal utuh.

Katanya, lembaga pengarah gembira dengan prestasi kukuh berterusan kumpulan dan pelbagai inisiatif untuk kemajuan dilaksanak­an untuk meningkatk­an kebajikan pekerja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia