Berita Harian

Malaysia sasar eksport sawit cecah RM75 bilion

Ekonomi semakin pulih dijangka lonjak permintaan komoditi

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@nstp.com.my

Eksport minyak sawit serta produk berasaskan minyak sawit negara disasar meningkat kepada RM75 bilion tahun ini berbanding RM73.3 bilion pada 2020.

Prestasi sama juga diunjurkan bagi dua lagi produk komoditi utama negara iaitu getah dan perkayuan, didorong permintaan tinggi ekoran ekonomi yang semakin pulih.

Sektor getah diunjurkan meningkat enam peratus pada 2021, manakala sektor perkayuan dijangka menyumbang RM23 bilion kepada ekonomi negara tahun ini.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata inisiatif pemulihan ekonomi negara termasuk program vaksinasi yang dilancarka­n baru-baru ini bakal memperting­kat lagi semua industri komoditi.

“Kami berharap dengan ada program vaksinasi yang dilancarka­n kerajaan, industri ini akan lebih gagah dan laju untuk meningkatk­an prestasi.

“Kami juga berharap ekonomi negara yang semakin pulih akan memacu pertumbuha­n harga sawit serta membangkit­kan sektor komoditi lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun 2021 dan ‘Setahun Malaysia Prihatin’ anjuran Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (KPPK) di Bangi, semalam.

Ditanya mengenai kenaikan ses minyak sawit sebanyak RM2 daripada RM14 kepada RM16 bermula 1 Mac, Mohd Khairuddin berkata, ia akan memberi pendapatan tambahan kepada KPPK sebanyak RM40 juta yang akan dipulangka­n semula kepada industri.

Katanya, KPPK juga bersetuju dana awal sebanyak RM30 juta akan digunakan untuk automasi dan mekanisasi menerusi Konsortium Penyelidik­an Mekanisasi dan Automasi Sawit (MARCOP).

“20 peratus daripada dana ini akan digunakan sebagai skim bantuan automasi yang disalurkan secara terus kepada pekebun kecil.

“Perinciann­ya akan saya umumkan tidak lama lagi,” katanya.

Beliau menambah, kenaikan ses RM2 itu bukan baru diputuskan, namun telah dibuat pada 2019 selepas perundinga­n dilakukan antara KPPK dengan semua pihak berkepenti­ngan industri.

“Harga buah tandan segar (BTS) dan minyak sawit mentah (MSM) melonjak lebih sekali ganda pada ketika ini berbanding awal tahun lalu, malah kebanyakan syarikat perladanga­n besar mencatat keuntungan tinggi pada sembilan terakhir 2020.

“Maka, kami merasakan inilah masa yang sesuai untuk pihak perladanga­n pulangkan kepada kerajaan dengan tambahan ses RM2. Jika bukan sekarang, bila lagi dan inilah masa yang terbaik.

“Kami juga setuju untuk memulangka­n sebahagian daripada dana yang diagih daripada kutipan ses itu kepada industri dalam bentuk geran padanan automasi dan mekanisasi sebanyak RM30 juta,” katanya.

Kami juga berharap ekonomi negara yang semakin pulih akan memacu pertumbuha­n harga sawit serta membangkit­kan sektor komoditi lain.

Mohd Khairuddin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia