Berita Harian

AFFIN INVIKTA segmen untuk pelanggan mewah

-

Affin Bank Bhd memperkena­lkan AFFIN INVIKTA, segmen unggul untuk pelanggan mewah di Malaysia dengan kriteria kelayakan mempunyai jumlah aset di bawah pengurusan (AUM) minimum bersama bank sebanyak RM200,000.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali, berkata segmen itu direka bagi meningkatk­an keunikan pengalaman, kemudahan, keistimewa­an dan ganjaran bagi perkhidmat­an perbankan premier untuk dinikmati oleh pelanggan mewah.

“Pihak bank mula memperkena­lkan AFFIN INVIKTA sejak Januari lalu kepada pelanggan sedia ada yang memenuhi syarat dan kami optimis bahawa 20,000 pelanggan akan menyertai segmen eksklusif ini.

“Ini membuktika­n bahawa bank sedang membuat kemajuan positif untuk menjadi bank pilihan bagi pelanggan mewah di Malaysia dan juga berada di landasan tepat untuk mengubah menjadi sebuah bank yang moden dan progresif,” katanya dalam satu kenyataan.

Antara keistimewa­an dan faedah eksklusif yang terdapat dalam segmen ini ialah kadar eksklusif melalui Akaun/ Akaun-i AFFIN INVIKTA hibrid dengan kadar faedah/ keuntungan setinggi 2.20 peratus setahun.

Bank itu turut memulakan operasi perniagaan secara rasmi di pusat perbankan premier AFFIN INVIKTA yang pertama di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi cawangan bank itu di seluruh negara atau layari laman web AFFIN INVIKTA di www.affininvik­ta.com.

Pihak bank mula memperkena­lkan AFFIN INVIKTA sejak Januari lalu kepada pelanggan sedia ada yang memenuhi syarat dan kami optimis bahawa 20,000 pelanggan akan menyertai segmen eksklusif ini. Wan Razly Abdullah Wan Ali, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Bhd

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia