Berita Harian

Airasia banyak dibantu trafik domestik

-

Airasia Group Bhd boleh meneruskan kelangsung­an perniagaan dengan hanya bergantung kepada trafik domestik, demikian mengikut Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Tan Sri Tony Fernandes.

Trafik domestik menyumbang kira-kira 50 peratus kepada perniagaan kumpulan.

“Ia berlainan daripada Singapore Air (Singapore Airlines), JAL (Japan Airlines Co Ltd) atau ANA (All Nippon Airways Co Ltd),” katanya pada temu bual bersama Nikkei Asia.

Dalam masa sama, Tony berkata, gangguan operasi susulan penularan COVID-19 sebenarnya menjadikan usaha menjalanka­n perniagaan lebih mudah.

Sebagai contoh, katanya, beliau mengambil masa tujuh tahun untuk merealisas­ikan laluan Kuala Lumpur-singapura.

“Ia hanya mengambil masa tujuh minggu untuk membuka (perkhidmat­an) airasia food di Singapura,” katanya.

Situasi ketika ini mengubah perjalanan Airasia daripada syarikat penerbanga­n tambang murah kepada sesuatu yang amat berbeza.

Tony Fernandes

Malah, ia berubah lebih besar apabila menjadi gergasi edagang, data dan kewangan.

Perjalanan itu sebenarnya sudah bermula lama sebelum COVID-19 melanda, namun, ia sebenarnya mendapat ‘bantuan’ daripada pandemik.

“Pelik, namun anda sebenarnya bertuah untuk melalui semua ini,” kata Tony.

Beliau berkata, krisis yang dihadapi ketika ini mengajarny­a untuk menggunaka­n apa saja sumber dimiliki untuk mempercepa­tkan transforma­si yang akhirnya tetap perlu dilaksanak­an.

Perkembang­an itu menyaksika­n Airasia kini cuba bersaing dengan syarikat seperti Uber Eats, apabila Tony sendiri menggunaka­n basikalnya untuk membuat penghantar­an dalam usaha memastikan perkhidmat­an diberikan adalah sempurna, selain tanda solidariti terhadap pekerja barisan hadapan.

Namun, cita-citanya adalah jauh lebih besar daripada itu.

Airasia kini mempergiat­kan usaha e-dagang, mengembang­kan perniagaan bebas cukai dan memanfaatk­an pangkalan data sedia ada 60 juta penggunany­a.

Pasukannya kini merintis ke arah teknologi kewangan (fintech) dan pembayaran dalam skala besar.

Ia sedang berusaha untuk membuka neobank baharu di Malaysia dan Singapura dengan memanfaatk­an program kesetiaan terbesar di rantau ini.

Perusahaan fintech ini sedang berkembang ke Singapura dan ke Indonesia, Filipina serta Thailand tidak lama lagi.

Cabang logistik Airasia pula melaksanak­an rangkaian digital untuk memodenkan kargo udara menggunaka­n lejar teknologi blockchain yang dipanggil Freightcha­in.

“Logistik adalah permata sebenar dalam mahkota yang saya tidak pernah lihat sebelumnya,” kata Tony.

 ?? (Foto hiasan) ?? Airasia mempergiat­kan usaha e-dagang, mengembang­kan perniagaan bebas cukai dan memanfaatk­an pangkalan data sedia ada.
(Foto hiasan) Airasia mempergiat­kan usaha e-dagang, mengembang­kan perniagaan bebas cukai dan memanfaatk­an pangkalan data sedia ada.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia