Berita Harian

MRCB bangunkan projek RM1.3 bilion di Auckland

Pembanguna­n berorienta­sikan transit 21 tingkat di atas Stesen Aotea City Rail Link

- Oleh Shahrizan Salian shahrizan_salian@bh.com.my

Malaysian Resources Corporatio­n Bhd (MRCB), perintis pembanguna­n berorienta­sikan transit (TOD) di Malaysia akan membuat kemunculan di New Zealand menerusi kerjasama dengan Panuku Developmen­t Auckland (Panuku).

Kerjasama itu akan membangunk­an Aotea Central Over Station Developmen­t (OSD) dengan nilai pembanguna­n kasar NZ$452 juta (RM1.3 bilion) di pusat bandar raya Auckland.

Projek pembanguna­n penjanaan semula bandar di atas Stesen Aotea City Rail Link merangkumi seluas 1.08 ekar dengan kawasan lantai kasar kira-kira 45,292 meter persegi.

Tapak itu sebelum ini adalah kawasan letak kereta yang digunakan oleh Dewan Bandar Raya Auckland di persimpang­an Mayoral Drive dan Wellesley Street.

Pembanguna­n baharu itu adalah bangunan 21 tingkat dengan gabungan ruang komersial dan runcit serta 63 apartmen mewah dengan akses bersepadu ke stesen Aotea.

Datuk Bandar Auckland, Phil Goff, berkata pembanguna­n itu dijangka mempunyai impak positif

Lakaran projek

MRCB gembira untuk memperluas­kan kepakaran TOD bagi menghasilk­an pembanguna­n ikonik di New Zealand.

Imran Salim, Pengarah Urusan Kumpulan MRCB

kepada pusat bandar raya Auckland.

Beliau berkata, projek itu akan menggantik­an sebuah tempat letak kereta dengan perumahan dan kedai yang moden, direka bentuk baik serta berkepadat­an tinggi selain ruang komersial di tengah-tengah bandar raya.

“Central Auckland akan menjadi kawasan yang lebih segar untuk didiami dan bekerja untuk 40,000 penduduk serta 130,000 lagi yang bekerja di situ,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Panuku, David Rankin, berkata memastikan rakan pembanguna­n yang tepat adalah satu kunci.

“Bagi pihak Dewan Bandar Raya Auckland, kami mencari rakan pembanguna­n yang memahami peluang untuk menyumbang kepada penjanaan semula lokasi tengah bandar yang unik ini.

“MRCB memiliki sejarah panjang TOD berkualiti di Malaysia dan komited untuk mentransfo­rmasi tapak Mayoral Drive bagi menarik minat mereka yang mahukan kehidupan pusat bandar dan gaya hidup karbon rendah di tengah-tengah Auckland,” katanya.

Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Imran Salim, pula gembira kerana Panuku memberikan peluang kepada kumpulan untuk menyumbang kepada landskap pembanguna­n Auckland.

“MRCB gembira untuk memperluas­kan kepakaran TOD bagi menghasilk­an pembanguna­n ikonik di New Zealand.

“Dengan pengetahua­n, kemahiran dan pengalaman membangunk­an Kuala Lumpur Sentral CBD yang merangkul pelbagai anugerah, kami menyasarka­n OSD akan menjadi TOD pelbagai guna yang menyumbang positif serta meningkatk­an pertumbuha­n bandar raya ini,” katanya.

Pembanguna­n OSD akan bermula selepas pembinaan stesen Aotea City Rail Link, yang dijadualka­n siap pada 2024.

 ??  ?? raya Auckland.
Aotea Central Over Station Developmen­t di pusat bandar
raya Auckland. Aotea Central Over Station Developmen­t di pusat bandar
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia