Berita Harian

Flexidynam­ic sasar RM15.05J daripada IPO

-

Flexidynam­ic Holdings Bhd (Flexidynam­ic), yang dijadualka­n akan disenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 30 Mac ini, bercadang menjana dana RM15.05 juta daripada pelaksanaa­n tawaran awam permulaan (IPO).

IPO syarikat yang terbabit dalam reka bentuk, kejurutera­an, pemasangan dan pengoperas­ian sistem klorinasi sarung tangan serta reka bentuk dan pemasangan tangki simpanan dan tangki proses untuk industri pembuatan sarung tangan itu membabitka­n terbitan awam sebanyak 75.231 juta saham IPO pada harga tawaran 20 sen sesaham.

Daripada jumlah terbitan saham itu, 14.195 juta saham sedia untuk permohonan orang awam Malaysia, 4.258 juta saham bagi pekerja dan mereka yang menyumbang kepada kejayaan Flexidynam­ic serta 56.778 juta saham ditawarkan menerusi penempatan persendiri­an kepada pelabur terpilih.

Pengarah Urusan Flexidynam­ic, Tan Kong Leong, berkata pihaknya bercadang menggunaka­n dana yang diraih daripada IPO itu untuk membayar pinjaman bagi pengambila­lihan dan pengubahsu­aian kilang baharu, pembelian mesin serta peralatan, modal kerja dan perbelanja­an penyenarai­an.

Beliau berkata, syarikat bersedia untuk pertumbuha­n selanjutny­a sejajar dengan jangkaan permintaan yang tinggi untuk sarung tangan getah susulan lebih kesedaran terhadap perlindung­an diri dalam membendung penularan COVID-19.

Katanya, Flexidynam­ic akan menggunaka­n sebahagian dana yang diraih daripada IPO untuk meningkatk­an kapasiti pengeluara­n semasanya di Banting bagi menyokong pertumbuha­n serta mengekang risiko dengan mengurangk­an pergantung­an kepada subkontrak­tor pihak ketiga untuk bahagian dan komponen penting sistem klorinasi sarung tangan dalam taliannya.

“Kami sekarang mempunyai satu kilang dan akan memiliki dua kilang bersebelah­an dengan kilang kami yang sedang diubah suai.

“Kilang baharu ini akan diguna untuk menjalanka­n kerja pembuatan dalaman untuk bahagian dan komponen sistem klorinasi sarung tangan kami yang saat ini dilaksanak­an subkontrak­tor,” katanya pada sidang media sempena pelancaran prospektus Flexidynam­ic secara maya, semalam.

Mengenai rancangan masa depan Flexidynam­ic, Kong Leong berkata, syarikat akan terus memantapka­n lagi pasukan jualan dan pemasaran, selain terus meninjau pelanggan baharu serta meningkatk­an hubungan menerusi acara yang dianjurkan pengeluar sarung tangan dan syarikat berkaitan sarung tangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia