Berita Harian

Sesi dagangan ditutup lebih kukuh

FBM KLCI menokok 12.97 mata kepada 1,624.78

-

Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan semalam lebih kukuh, dirangsang oleh sokongan belian berterusan untuk kaunter berwajaran tinggi membabitka­n saham Tenaga Nasional, Top Glove dan sektor telekomuni­kasi.

Tenaga menyumbang 3.23 mata kepada indeks barometer, Top Glove mengukuh 2.32 mata sementara Axiata dan Digi, masing-masing menyumbang 2.25 dan 1.76 mata.

Pada jam 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 12.97 mata kepada 1,624.78 daripada 1,611.81 ketika ditutup petang Isnin.

Pagi semalam, pasaran dibuka 4.18 mata lebih tinggi kepada 1,615.99 dan berlegar antara 1,612.29 dan 1,625.22 sepanjang sesi urus niaga.

Pergerakan harga di pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 634 berbalas 551, manakala 459 kaunter tidak berubah, 534 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada 8.12 bilion unit bernilai RM5.91 bilion daripada 9.80 bilion unit bernilai RM6.28 bilion pada penutupan petang Isnin.

Untuk prestasi bursa serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong naik 0.81 peratus kepada 28,773.23, Nikkei Jepun 0.99 peratus lebih tinggi kepada 29,027.94, Indeks Straits Times Singapura bertambah 1.96 peratus menjadi 3,072.88, sementara Kospi Korea Selatan menyusut 0.67 peratus kepada 2,976.12.

Seorang peniaga berkata, saham Asia ditutup bercampurc­ampur semalam kerana rancangan pakej rangsangan Amerika Syarikat bernilai AS$1.9 trilion semakin nyata. Bagaimanap­un, sentimen positif dipengaruh­i oleh kebimbanga­n pelabur mengenai inflasi dan pandemik COVID-19.

Di pasaran tempatan, Bursa Malaysia kekal berada dalam zon positif sepanjang hari, dirangsang oleh kegiatan membeli saham ketika harga murah dengan tanda aliran dana asing yang positif yang didorong oleh penilaian yang menarik.

Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim, berkata prestasi Bursa dipacu oleh kaunter sarung tangan seperti Kossan dan Top Glove yang meningkat lebih daripada satu peratus untuk hari itu.

“Peningkata­n ketara dalam kaunter sarung tangan muncul selepas Top Glove mengumumka­n keputusan kewangan suku kedua yang mencatatka­n hasil penjualan tempoh suku tahunan tertinggi sebanyak RM5.37 bilion, meningkat 336 peratus daripada RM1.23 bilion pada suku sama tahun lalu.

“Ini meskipun berlakunya penurunan dalam jumlah pengeluara­n sebanyak lapan peratus berikutan penutupan sementara kilangnya di Klang pada November dan Disember 2020.

“Kaunter sokongan lain adalah saham syarikat telekomuni­kasi yang menyaksika­n harga saham Maxis, Digi dan Axiata meningkat lebih daripada 2.0 peratus semalam,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Public Bank menambah dua sen kepada RM4.42 dan Tenaga naik 30 sen kepada RM10.70, Petronas Chemicals turun 15 sen kepada RM8.20, IHH Healthcare lebih rendah sebanyak sembilan sen kepada RM5.20, sementara Maybank tidak berubah pada RM8.50 .

Antara kaunter paling cergas, Jadi Imaging meningkat satu sen kepada 13.5 sen, Airasia Group naik enam sen kepada RM1.02 dan Managepay Systems menambah tiga sen kepada 22 sen Sealink turun 4.5 sen kepada 24 sen, sementara Airasia X tidak berubah pada 9.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 111.20 mata kepada 11,834.97, Indeks FBMT 100 meningkat 110.81 mata kepada 11,541.36, Indeks FBM Emas Syariah melonjak 141.30 mata kepada 13,022.72, FBM 70 mengukuh 220.78 mata kepada 15,413.27 tetapi FBM ACE turun 36.31 mata kepada 10,189.72.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n meningkat 51.89 mata kepada 7,167.68 dan Indeks Perkhidmat­an Kewangan menokok 52.44 mata kepada 15,742.44, sementara Indeks Produk

“Ringgit meningkat sedikit daripada paras terendahny­a hari ini (semalam) pada penutup selepas peniaga mempertimb­angkan hasil AS yang lebih tinggi dan jangkaan inflasi mungkin melepasi parasnya berikutan kebimbanga­n ke atas jangkaan penentuan semula kenaikan Rizab Persekutua­n,” katanya.

Pada jam 10 pagi semalam, unit tempatan mencecah 4.1320/1380 berbanding dolar AS.

Sementara itu, ringgit turut diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0583/0627 daripada 3.0434/0478 pada Isnin dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.7863/7913 daripada 3.7810/7859.

Ringgit turun berbanding pound Britain kepada 5.7178/7260 daripada 5.6772/6850 dan susut berbanding euro kepada 4.8989/8057 daripada 4.8730/8802 kelmarin. BERNAMA dan Perkhidmat­an Perindustr­ian menyusut 0.18 mata kepada 187.22.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 5.88 bilion saham bernilai RM5.35 bilion daripada 7.42 bilion saham bernilai RM5.6 bilion pada Isnin.

Perolehan waran meningkat kepada 646.05 juta unit bernilai RM101.54 juta daripada 553.03 juta unit bernilai RM105.58 juta kelmarin.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 1.6 bilion saham bernilai RM458.49 juta daripada 1.83 bilion saham bernilai RM571.06 juta sebelumnya.

Produk dan perkhidmat­an pengguna merangkumi 1.54 bilion saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmat­an industri (1.1 bilion), pembinaan (308.96 juta), teknologi (952.11 juta), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (153.98 juta), hartanah (518.22 juta), perladanga­n (29.61 juta), REIT (14.83 juta), dana tertutup (20,000), tenaga (536.30 juta), penjagaan kesihatan (85.94 juta), telekomuni­kasi dan media (73.76 juta), pengangkut­an dan logistik (529.19 juta) serta utiliti (42.95 juta).

BERNAMA

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia