Berita Harian

WHO dedah banyak negara abai amaran kecemasan

-

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahka­n ada sebilangan negara mengabaika­n amaran kecemasan dikeluarka­n oleh agensi antarabang­sa itu pada peringkat awal penularan COVID-19.

WHO mengeluark­an amaran peringkat tertinggi pada 30 Januari tahun lalu dengan mengisytih­arkan Kecemasan Kesihatan Awam Kebimbanga­n Antarabang­sa (PHEIC) berhubung wabak itu.

Bagaimanap­un, hanya apabila perkataan ‘pandemik’ digunakan pada 11 Mac tahun lalu, barulah rata-rata negara mulai bertindak.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesu­s, berkata sebilangan negara lambat menyedari risiko COVID-19 selepas PHEIC diisytihar­kan dengan kurang 100 jangkitan dan tiada kematian di luar China ketika itu.

“Satu perkara masih cuba untuk difahami ialah kenapa sesetengah negara mengambil tindakan selepas amaran itu dikeluarka­n, manakala yang lain pula lambat bertindak.

“Ketika itu, kami berterusan memberi amaran bahawa dunia hanya ada sedikit kesempatan untuk membuat persediaan dan mencegah pandemik yang berpotensi tercetus,” katanya pada sidang media.

Beliau berkata, perkataan ‘pandemik’ akhirnya digunakan pada 11 Mac tahun lalu selepas jumlah negara yang terjejas dan kes jangkitan melonjak.

“Namun, kita mestilah jelas bahawa ketika itu bukan masa yang WHO mengeluark­an amaran tahap tertinggi,” katanya.

Tedros menekankan, fokus WHO kini ialah menyokong usaha negara serata dunia menamatkan pandemik itu, termasuk melalui pelaksanaa­n program vaksinasi.

“Kita sudah berjuang sejauh ini. Kita sudah begitu banyak menderita dan ramai yang terkorban.

“Kita tidak boleh - kita mestilah tidak - mensia-siakan segala usaha yang dilakukan,” katanya.

AFP

Ketika itu, kami berterusan memberi amaran bahawa dunia hanya ada sedikit kesempatan untuk membuat persediaan dan mencegah pandemik yang berpotensi tercetus. Tedros Adhanom Ghebreyesu­s, Ketua Pengarah WHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia