Berita Harian

China lancar ‘pasport virus’ pertama dunia

Sijil sokong pemulihan ekonomi dunia, mudah rentas sempadan

-

Beijing: China melancarka­n program sijil kesihatan untuk pelancong domestik, sekali gus mendahului negara lain dalam perancanga­n mengeluark­an ‘pasport virus’.

Sijil digital itu yang memaparkan status vaksinasi pengguna dan hasil ujian virus pengguna, tersedia untuk warga China menerusi satu program dalam platform media sosial China, Wechat, yang dilancarka­n kelmarin.

Jurucakap Kementeria­n Luar China berkata, sijil itu diterbitka­n bagi membantu menyokong pemulihan ekonomi dunia dan memudahkan perjalanan rentas sempadan.

Bagaimanap­un, sijil kesihatan antarabang­sa itu hanya boleh digunakan oleh rakyat China sahaja buat masa ini dan penggunaan­nya belum diwajibkan.

Sijil berkenaan, yang turut tersedia dalam bentuk kertas, dipercayai pasport virus pertama di dunia.

Amerika Syarikat (AS) dan Britain adalah antara yang sedang mempertimb­ang melaksanak­an pengeluara­n permit seumpamany­a.

Kesatuan Eropah (EU) juga dalam proses menerbitka­n ‘pas hijau’ yang akan membenarka­n pendudukny­a melakukan perjalanan antara negara anggota dan keluar negara.

Program dilaksanak­an China merangkumi kod QR sulit yang membenarka­n setiap negara mendapatka­n maklumat kesihatan pelancong, lapor media agensi Xinhua semalam.

‘Kod QR kesihatan’ dalam Wechat dan aplikasi telefon pintar China lain kini diperlukan untuk dibenarkan masuk ke dalam pengangkut­an domestik dan kebanyakan kawasan awam lain di China.

Aplikasi itu mengesan lokasi pengguna dan menghasilk­an kod ‘hijau’ jika pengguna tidak menjadi kontak rapat kepada kes positif COVID-19, atau berkunjung ke kawasan penularan virus, namun ia turut mencetus kebimbanga­n mengenai isu privasi dan pemantauan kerajaan.

 ?? (Foto AFP) ?? Sijil digital memaparkan status vaksinasi pengguna dan hasil ujian virus pengguna untuk warga China menerusi program dalam Wechat dilancarka­n kelmarin.
(Foto AFP) Sijil digital memaparkan status vaksinasi pengguna dan hasil ujian virus pengguna untuk warga China menerusi program dalam Wechat dilancarka­n kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia