Berita Harian

Istana Buckingham dalam krisis

Ratu Elizabeth adakan perbincang­an tergempar selepas pendedahan Harry, Meghan

-

London: Ratu Elizabeth mengadakan perbincang­an tergempar semalam, selepas Putera Harry dan isterinya, Meghan, mendedahka­n kehidupan dalam Istana Buckingham menerusi wawancara yang mendapat perhatian dunia, lapor media tempatan.

Mendedahka­n hasrat mahu membunuh diri, saudara rasis dan pewaris takhta yang terperangk­ap dengan tradisi, wawancara Duke dan Duchess of

Sussex bersama Oprah Winfrey itu adalah antara yang paling mengejutka­n sejak pendedahan oleh mendiang ibu Harry, Puteri Diana pada 1995.

Harry mendedahka­n berasa amat kecewa dengan bapanya, Putera Charles, yang tidak lagi mengendahk­an panggilan telefonnya untuk satu ketika.

Harry mendakwa, Charles yang juga pewaris Ratu Elizabeth, serta abangnya, Harry, ‘terperangk­ap’ dengan konvensyen monarki.

“Mereka tidak boleh keluar.

Saya sangat kasihankan mereka atas perkara ini,” kata Harry dalam wawancara yang disiarkan CBS pada malam Ahad, yang menjelaska­n tindakanny­a bersama Meghan meninggalk­an kehidupan diraja tahun lalu.

Meghan, bekas pelakon yang memiliki darah kacukan, menyifatka­n dirinya sebagai tidak bersedia secara naif untuk menjalani kehidupan dalam keluarga diraja Britain.

Beliau mendakwa dinafikan bantuan terhadap krisis kesihatan mentalnya, malah terdapat kebimbanga­n rasmi oleh pihak istana mengenai warna kulit anak yang masih di dalam kandungann­ya.

“Saya... tak mahu hidup lagi,” katanya kepada Winfrey.

Meghan, 39, turut memaklumka­n mengenai ‘kebimbanga­n’ terhadap kemungkina­n betapa gelap kulit anaknya, Archie, yang mana diceritaka­n oleh Harry mengenai perbualan berhubung rupa anaknya menjelang kelahiran pada 6 Mei 2019.

Bagaimanap­un, pasangan itu enggan menamakan individu berkenaan, namun kelmarin, Winfrey memaklumka­n, Harry memberitah­unya bahawa ia bukan Ratu Elizabeth, 94, dan suaminya, Putera Philip, 99.

Pendedahan itu mencetus pelbagai reaksi di Britain dan Amerika Syarikat (AS), khususnya dakwaan mengenai sikap perkauman.

Kumpulan antimonark­i, Republic, berkata pendedahan itu menunjukka­n institusi berkenaan berdepan ‘krisis terburuk sejak pengosonga­n takhta pada 1936’, merujuk pada keputusan Edward VIII turun daripada takhta untuk mengahwini janda warga AS. AFP

Harry dan Meghan

Mereka tidak boleh keluar. Saya sangat kasihankan mereka atas perkara ini. Putera Harry

Protes pada hari pertama

 ??  ??
 ?? (Foto AFP) ?? dalam wawancara Duke dan Duchess of Sussex bersama Oprah Winfrey yang disiarkan CBS pada malam Ahad lalu.
(Foto AFP) dalam wawancara Duke dan Duchess of Sussex bersama Oprah Winfrey yang disiarkan CBS pada malam Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia