Berita Harian

55 artis buat ujian calitan

Finalis, selebriti AJL35 lakukan saringan COVID-19 akur syarat MBSA

- Oleh Fatin Farhana Ariffin fatin.farhana@bh.com.my

Mengendali­kan ujian saringan COVID-19 terhadap 55 artis merangkumi finalis dan selebriti yang terbabit dalam penganjura­n Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke35 yang bakal disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Auditorum Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Ahad ini, bukanlah mudah.

Menjadikan faktor keselamata­n, kesihatan dan prosedur operasi standard (SOP) tanpa kompromi, produksi AJL35 akur syarat ditetapkan MBSA yang mahu semua finalis, artis dan kru yang terbabit dalam acara anugerah berprestij itu melakukan pemeriksaa­n bagi memastikan setiap seorang, bebas COVID-19.

Semalam, Pusat Perubatan Perubatan Management and Science University (MSU), Shah Alam, dikunjungi semua artis terbabit bagi menjalani ujian calitan, bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Antara kelibat artis dilihat melakukan pemeriksaa­n secara pandu lalu itu adalah Nabila Razali, Zizi Kirana, Hael Husaini,

Ayie Floor 88, Datuk Jamal Abdillah, Misha Omar dan Dayang Nurfaizah.

Turut menjalani ujian calitan, hos AJL35 iaitu Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan Haziq Hussni.

Semua artis ini perlu disahkan bebas daripada gejala COVID-19 sebelum dibenarkan memasuki Auditorium MBSA untuk menjalani latihan, mulai esok, iaitu lima hari sebelum berlangsun­gnya AJL35.

Penerbit Eksekutif AJL35, Nurhul Huda Khalid, berkata artis yang didapati positif selepas menjalani ujian calitan, tidak boleh menyertai sesi latihan dan perlu mencari pengganti.

“Kami akan memulakan sesi latihan apabila selesai ujian calitan dan keputusan diterima. Jadi, diharapkan ujian calitan ini dapat mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

“Ramai orang tidak tahu, untuk mendapatka­n permit dan kebenaran pihak berwajib adalah perkara yang sangat mencabar dalam merealisas­ikan acara ini.

“Jadi, kami sangat berharap proses ujian calitan ini dapat memberikan kelancaran kepada

AJL35,” katanya kepada HIP.

Nurhul Huda berkata, ujian calitan sepatutnya tidak perlu dilakukan jika mengikut ketetapan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun,

MBSA mahukan produksi melakukann­ya.

“Langkah ini diambil kerana kita mahu mengelak berulangny­a kes lalu di mana, salah seorang peserta Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35, Alif Satar disahkan positif COVID-19 selepas beraksi,” katanya.

Nurhul Huda berkata, pada malam kemuncak AJL35, hanya 250 orang dibenarkan berada dalam Auditorium MBSA.

Selain itu, dalam aspek persembaha­n, hanya enam orang dibenarkan berada di atas pentas.

“Jadi, tiada lagi sekumpulan penari mengiringi persembaha­n finalis kali ini. Itulah yang menjadi antara cabaran menjayakan AJL35.

“Namun, biarpun kita sudah mengecilka­n skala acara kali ini, semangat untuk berjuang berkobar-kobar.

“Saya harap semua yang dirancang dapat direalisas­ikan dengan baik dan lancar,” katanya sambil menambah hampir 90 peratus persiapan teknikal sudah disempurna­kan.

Sementara itu, Ketua Unit Jabatan Kecemasan Pusat Perubatan MSU, Dr Imran Khan Jallaldeen,

32, berkata, keputusan ujian calitan akan dimaklumka­n dalam tempoh kurang 24 jam.

“Ujian calitan ini dikendalik­an secara pandu lalu bagi memudahkan barisan finalis dan artis.

“Keputusan ujian juga tidak mengambil masa lama iaitu kurang sehari selepas calitan diambil,” katanya.

Dr Imran Khan turut berterima kasih atas kerjasama serta sokongan semua pihak termasuk finalis dan artis sepanjang proses saringan itu.

“Ujian calitan ini adalah langkah baik sebelum latihan dimulakan. Dengan adanya proses ini, kita sama-sama dapat membendung penularan COVID-19,” katanya.

Sementara itu, vokalis kumpulan Floor 88, Ayie berharap COVID-19 segera pulih agar syarat ujian calitan tidak diperlukan lagi.

“Bagi kami yang perlu mengambil ujian calitan ini setiap kali terbabit dengan mana-mana program, tidak dinafikan, agak meletihkan.

“Jadi, saya harap kita semua segera mendapatka­n suntikan vaksin,” katanya.

Kami sangat berharap proses ujian calitan ini dapat memberikan kelancaran kepada AJL35.

Nurhul Huda Khalid, Penerbit Eksekutif AJL35

 ?? (Foto Rohanis Shukri/bh) ?? Azlan & The Typewriter menunaikan tanggungja­wab melakukan ujian calitan.
(Foto Rohanis Shukri/bh) Azlan & The Typewriter menunaikan tanggungja­wab melakukan ujian calitan.
 ??  ??
 ??  ?? Marisa raih trofi Pelakon Wanita Terbaik Dalam Watak Pembantu (Drama Bersiri).
Marisa raih trofi Pelakon Wanita Terbaik Dalam Watak Pembantu (Drama Bersiri).
 ??  ?? Jamal melakukan ujian calitan secara pandu lalu, semalam.
Jamal melakukan ujian calitan secara pandu lalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia