Berita Harian

Tuah selepas hampir disingkir

-

Hampir disingkirk­an daripada senarai pelakon drama Poskad Dari Alhambra, siapa sangka, aktres kelahiran Malaysia, Marisa Yasmin meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik Dalam Watak Pembantu (Drama Bersiri) dalam naskhah berkenaan, pada Pesta Perdana Ke-16 di Singapura, Jumaat lalu.

Menjadi satu-satunya pelakon dari Malaysia yang membintang­i drama itu, Marisa, 44, yang lebih dua dekad mengabdika­n diri dalam dunia seni, menewaskan seorang lagi pencabar dari Malaysia, aktres berpengala­man, Susan Lankester dalam acara itu.

Susan yang membintang­i drama Azam & Johan, menjadi antara empat calon kategori sama pada acara yang meraikan dunia televisyen (TV) Melayu di Singapura.

Biarpun tidak dapat ‘terbang’ ke Singapura menghadiri acara anugerah itu berikutan sekatan COVID-19, Marisa sangat bersyukur dan tidak menyangka menewaskan artis senior seperti Susan.

Terkejut apabila namanya disebut pengacara, Najip Ali, Marisa melakukan sujud syukur atas kejayaan yang disifatkan paling manis sejak bergelar pelakon 21 tahun lalu.

“Alhamdulil­lah, saya mendapat pengiktira­fan selepas 21 tahun berlakon. Saya tidak meletakkan harapan tinggi apabila bolos calon Top 5.

“Sebelum ini, saya pernah dicalonkan untuk Anugerah Skrin (ASK) dan Anugerah Seri Angkasa, namun belum bernasib baik.

“Saya mengaku bakat saya tidak sehebat pelakon lain. Jadi, saya tidak meletakkan harapan apabila dicalonkan menerusi Pesta Perdana,” katanya kepada HIP.

Pelakon kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu berkata, sejak berkecimpu­ng dalam dunia seni, pengiktira­fan dan trofi bukanlah perkara dikejar selama ini.

“Namun, apabila mendengar nama disebut buat kali pertama sebagai pemenang, sudah memadai.

“Apa yang lebih penting dapat membuka mata pencinta drama terhadap bakat saya.

“Sebelum ini, mungkin ada yang pernah mendengar nama saya, tetapi tidak kenal rupa. Ramai menyangka Marisa Yasmin adalah nama pentas saya, sedangkan ia nama sebenar.

“Jadi, kemenangan ini sekurang-kurangnya membuka mata dan membuatkan mereka lebih mengenali saya serta membuka pintu rezeki yang lebih luas,” katanya.

Berkongsi mengenai drama Poskad Dari Alhamra, Marisa mengaku dirinya bukanlah pilihan pertama. Disebabkan kurang dikenali di Singapura, namanya hampir disingkirk­an daripada produksi drama berkenaan.

“Penerbit meyakinkan Jabatan Penyiaran alasan mengambil saya berlakon biarpun mereka sebenarnya mahu mengetenga­hkan bakat tempatan,” katanya yang melakukan uji bakat untuk watak dibawa melalui panggilan video.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia