Berita Harian

Dari pawagam ke rumah

Bulan & Pria Terhebat temui pencinta filem dalam platform digital mulai esok

- Oleh Serimah Mohd Sallehuddi­n bhhip@bh.com.my

Sempat ditayangka­n di pawagam selama lima hari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.1 dilaksanak­an, tahun lalu, filem Bulan & Pria Terhebat arahan Ghaz Abu Bakar, akhirnya menemui penonton di rumah, mulai esok.

Filem menggandin­gkan pelakon sensasi, Zizan Razak dan Zahirah Macwilson ini ditayangka­n di platform Astro First, sekali gus menamatkan penantian peminat terhadap filem Melayu baharu pada era pandemik COVID-19 ini.

Ketika ditayangka­n dalam tempoh singkat di Malaysia, Singapura dan Brunei, tahun lalu, Bulan & Pria Terhebat mendapat sambutan positif peminat.

Apa yang menarik, filem hasil kreativiti pengarah Polis Evo 1 ini mengangkat tema ‘hero’ wanita, sesuatu yang dianggap segar dalam dunia penceritaa­n tempatan.

Dalam filem ini, kemampuan Zahirah membawa adegan lasak yang tidak pernah diperlihat­kan dalam mana-mana filem, dipertonto­nkan.

Selain itu, Bulan & Pria Terhebat menampilka­n Maya Karin membawa watak antagonis bernama Tony, buat kali pertama.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Nizra Entertainm­ent, Nik Iruwan Datuk Nik Izani, berkata sambutan peminat ketika Bulan & Pria Terhebat ditayangka­n di pawagam, cukup memberangs­angkan.

“Selepas berbincang dengan rakan penerbit dan mengambil kira faktor semasa, kami memilih menayangka­n Bulan & Pria Terhebat di platform Astro First.

“Kami percaya, dalam keadaan norma baharu sekarang, platform Astro First mampu membawa karya ini terus kepada penonton secara menyeluruh.

“Harapan kami, kehadiran filem dapat menghiburk­an penonton dengan hasil kualiti produksi yang menampilka­n keunikan tersendiri,” katanya kepada HIP.

Sementara itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, seiring sambutan Hari Wanita Antarabang­sa, bulan ini, watak hero wanita yang diangkat dalam filem berkenaan pasti menarik

Harapan kami, kehadiran filem dapat menghiburk­an penonton dengan hasil kualiti produksi yang menampilka­n keunikan tersendiri.

Nik Iruwan Nik Izani, Ketua Pegawai Eksekutif Nizra Entertainm­ent

perhatian ramai.

“Kami percaya, elemen hero wanita sentiasa menjadi perhatian penggemar filem.

“Selepas treler versi baharu dikongsi dalam akaun media sosial, baru-baru ini, rata-rata peminat dan penonton berkongsi rasa teruja menantikan kehadiran filem ini.

“Kami yakin, tahun lalu, ramai yang tidak sempat untuk menonton filem ini di pawagam.

“Kami berharap dengan menayangka­n di Astro First, ia mampu memberi kepuasan kepada penonton.

“Filem ini boleh dinikmati seluruh isi keluarga melalui elemen komedi, jalan cerita, sinematogr­afi dan barisan pelakon hebat,” katanya.

Antara tarikan filem komedi aksi ini adalah lakonan mantap Zizan, Khir Rahman, Bell Ngasri, Didie Alias, Rashidi Ishak, Alif Hadi, Mimi Ernida dan Marissa Yasmin.

Kali ini, Zizan membawa watak berbeza berbanding karakter yang pernah ditampilka­n sebelum ini, iaitu seorang pemandu e-hailing yang meminati sukan papan luncur.

Malah, gandingan Zizan bersama Bell dan Alif mampu membuat penonton terhibur, sekali gus menjadi trio kegemaran ramai.

Bulan & Pria Terhebat mengisahka­n Bulan, pelatih dalam pasukan tentera khas Indonesia, menyeludup ke dalam sindiket pemerdagan­gan manusia bagi mencari adiknya, Melati, yang diperdaya dan dibawa ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan.

Bulan bertemu Haris, pemandu e-hailing yang prihatin dan sudi membantuny­a mendapatka­n kembali Melati daripada genggaman ‘bapa ayam’, Agus dan ketuanya, Ricky.

Ricky mengarahka­n Tony, iaitu pembunuh upahan untuk menghapusk­an Bulan dan Haris.

Filem ini diiringi lagu tema bertajuk Roulette nyanyian Akim & The Majistret. Lagu berentak rancak ini dicipta Hang Nadim, Gjie dan Beby dengan lirik dihasilkan Hang Nadim.

 ??  ?? Antara babak dalam filem Bulan & Pria Terhebat.
Antara babak dalam filem Bulan & Pria Terhebat.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia