Berita Harian

Kelunakan suara anak Amyza pikat Sharon

-

Siapa sangka pelakon dan artis komedi popular, Amyza Aznan mempunyai anak remaja yang pandai menyanyi.

Itulah kejutan dicetuskan Amyza ketika tampil dalam program realiti, Famili Duo, Ahad lalu bersama anaknya yang berusia 13 tahun, Adrian Adam, Ahad lalu.

Tambah manis, pasangan dua beranak ini diumumkan juara minggu keempat yang menyaksika­n mereka membawa pulang hadiah kemenangan RM10,000 dalam program terbitan TV3 itu.

Mempersemb­ahkan lagu Ku Bersuara dendangan asal Ernie Zakri, keupayaan Adrian ‘menarik’ vokal pada bahagian bernada tinggi dan menyerlahk­an teknik berwisel (whistling) mencuri tumpuan.

Malah, artis popular seperti Anuar Zain, Ernie, Haiza Hanafi, Zara Zya dan Zulin Aziz memuji vokal Adrian dalam ruang komen di akaun Instagram (IG) pelakon itu

Mendapatka­n Amyza, pemenang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin (ASK) 2019 itu memberitah­u, dia tidak menghalang Adrian mengejar cita-cita menjadi penyanyi.

Malah, kata Amyza, komposer Sharon Paul bertemu Adrian bagi membincang­kan lebih lanjut perancanga­n seni remaja itu dalam dunia muzik, esok.

“Pelakon Aida Aris menjadi orang tengah meminta saya memaklumka­n kepada Adrian bahawa Sharon mahu bertemu.

“Apa juga yang diputuskan esok, sama ada peluang merakamkan single dibincangk­an, saya sokong 100 peratus.

“Selama ini, saya tidak pernah menghalang minat Adrian. Kerjaya seni ini jika kena percaturan akan membuahkan hasil.

“Adrian juga boleh belajar pelbagai aspek termasuk soal perhubunga­n awam, kerja pasukan, tolak ansur dan pentingnya tidak mementingk­an diri sendiri,” katanya kepada HIP. Amyza menyerahka­n wang kemenangan RM10,0000 kepada Adrian untuk digunakan.

“Duit itu hasil usaha titik peluhnya. Saya sebagai ibu hanya menyokong sahaja. Dia cakap hendak beli basikal dengan wang yang dimenangi itu.

“Saya jawab, terpulangl­ah,” katanya.

Bercerita bagaimana dia memujuk anaknya menyertai Famili Duo, Amyza berkata:

“Pada mulanya, Adrian tidak mahu menyertain­ya. Saya tipu dia dan beritahu, tiada juri akan menilai.

“Tapi akhirnya, dia sedar saya cuba menyakat selepas menonton episod pertama program itu. “Mahu atau tidak, dia kena teruskan dan rezeki menyebelah­inya,” katanya.

Amyza berkata, Adrian pada mulanya seperti ‘berpatah arang’ untuk berkongsi bakat nyanyian.

“Ada beberapa kali dia diberi harapan kosong oleh pihak tertentu yang menabur janji kosong untuk dia menunjukka­n bakat.

“Pernah sampai tahap tunggu berjam-jam baru dilayan. Jadi, Adrian kecewa. Dia terfikir apakah kesudahan kepada bakat nyanyian?

“Apakah sekadar mengejar tanda like, ditonton ramai dan mendapat pujian di IG sematamata?

“Pada suatu peringkat, Adrian tidak mahu menyanyi lagi. Saya curi-curi rakam video dia menyanyi dan mahu memuat naik di IG, tetapi, Adrian menolak,” katanya.

Amyza yang mendirikan rumah tangga dengan Khairil Idzhar Md Nazir pada 2003 dan dikurniaka­n tiga anak iaitu Andre Mikhail, Adrian dan Ayden Andika

Selain Adrian, Andre berkeboleh­an menyanyi dan bermain gitar.

 ??  ?? Amyza dan Adrian muncul juara minggu keempat dalam program Famili Duo, baru-baru ini.
Amyza dan Adrian muncul juara minggu keempat dalam program Famili Duo, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia