Berita Harian

Kehadiran Messi di Paris jadi tumpuan

-

Paris: Ketika Lionel Messi datang ke sini minggu ini bersama Barcelona bagi aksi Liga Juara-juara, tumpuan pastinya terarah bagi memikirkan mengenai musim depan sama ada pemain Argentina itu mungkin menjadi sebahagian daripada kelab di ibu kota Perancis itu.

Ia masih menjadi senario menakutkan buat penyokong Barcelona, walaupun presiden baharu mereka, Joan Laporta mengumumka­n selepas pelantikan­nya kelmarin, dia “yakin pemain itu mahu kekal.”

Barcelona, sama seperti Real Madrid, bimbang dengan ancaman terhadap status sebagai antara terbaik di Eropah oleh kelab dimiliki Qatar, PSG, selain Manchester City yang dimiliki Abu Dhabi.

Ia dibuktikan pada saingan pertama kelompok 16 terakhir Liga Juara-juara apabila PSG mengatasi Barca.

Kemenangan 4-1 di Camp Nou bermakna Barca perlu menukar keputusan pada perlawanan kedua awal pagi esok untuk menyekat gergasi Perancis itu daripada mara ke suku akhir.

Perpindaha­n ke kelab gergasi Sepanyol itu sudah lama dilihat sebagai kemuncak buat mana-mana pemain, namun masa sudah berubah seperti dibuktikan dengan perpindaha­n Neymar ke Paris dengan rekod dunia pada 2017.

PSG dan City mungkin menjadi destinasi terbaik buat Messi sekiranya dia mahu berpindah. Namun adakah perpindaha­n ke Paris akan berlaku?

“Pemain hebat seperti Messi sentiasa menjadi sebahagian senarai yang dimahukan PSG.

“Kami berada bersama mereka yang memerhatik­an dengan serius perkara itu. Kami masih belum berbincang, tapi kami sudah bersedia jika ia berlaku,” tegas pengarah sukan, Leonardo pada Januari.

Neymar pastinya gembira untuk kembali berganding­an dengan bintang Argentina itu.

“Itu yang saya paling mahukan,” katanya kepada ESPN pada Disember.

PSG tidak perlu membayar yuran perpindaha­n dan Messi yang akan berusia 34 tahun pada Jun - pasti mahu menyertai kelab yang menjanjika­n kedudukan lebih baik dalam tempoh singkat untuk menang Liga Juara-juara.

Dia juga pasti mahu bekerjasam­a dengan jurulatih Mauricio Pochettino yang juga berasal dari Argentina.

Messi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia