Berita Harian

‘Mereka hina profesion bola sepak’

- Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Ismail Zakaria

Ismail beri peluang terakhir buat Kuantan FA, Marcerra United mereka untuk mengadakan perbincang­an, namun mereka dilihat tidak serius untuk mencari jalan penyelesai­an bagi melunaskan ‘hutang’ lebih tiga tahun itu.

“Sebenarnya selepas sidang media dibuat kira-kira dua minggu lalu, pihak terbabit ada menyatakan untuk mengadakan perbincang­an tetapi sayangnya, tiada cadangan yang kukuh atau perjanjian hitam putih, hanya setakat cakap kosong sahaja.

“Peluang masih diberikan sehingga esok (hari ini) dan kalau tiada juga jalan penyelesai­annya, kita akan bawa kes ini ke mahkamah untuk menjadi pengajaran kepada pasukan lain supaya jangan sesekali mengambil

Kuala Lumpur: “Ia satu penghinaan kepada profesion bola sepak di negara ini!”

Itu kekecewaan yang dilontarka­n bekas pengendali Kuantan FA, Ismail Zakaria susulan ‘layanan’ yang diberikan bekas majikannya, Kuantan FA dan Marcerra United yang tampak bagai acuh tidak acuh untuk menyelesai­kan tuntutan lebih RM900,000 daripada bekas pegawai dan pemain.

Ismail yang pernah mengendali­kan Kuala Lumpur sebelum ini mengakui wakil kedua-dua pasukan itu ada menghubung­i mudah isu kontrak.

“Apa yang dilakukan oleh mereka ini, saya anggap menghina profesion bola sepak di negara ini kerana ini juga adalah satu pekerjaan sama seperti yang dilakukan dalam bidang lain. Kami sudah bekerja, jadi sudah tentulah kami perlu dibayar gaji,” katanya kepada BH Sukan.

Sebagai rekod, tuntutan lebih RM900,000 itu adalah membabitka­n tuntutan daripada 26 pemain dan tujuh pegawai Kuantan FA berjumlah RM590,125, manakala 26 lagi pemain dan pegawai Marcerra United pula berjumlah RM313,306.

Terdahulu, pengurusan Kuantan FA dan Marcerra United diberikan satu lagi ‘peluang terakhir’ sehingga 14 hari untuk mengadakan perbincang­an dan mencari jalan penyelesai­an membabitka­n isu tunggakan gaji berjumlah lebih RM900,000 kepada bekas pemain dan pegawai mereka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia