Berita Harian

Penghormat­an kepada FAM

-

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menyifatka­n pelantikan­nya sebagai ketua kontinjen negara ke Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam sebagai penghormat­an kepada industri bola sepak negara.

Dalam kenyataan semalam, Hamidin yang menjadi presiden FAM pertama dilantik menggalas tanggungja­wab itu berazam, melaksanak­an amanah diberikan sebaik mungkin demi negara tercinta.

“Pelantikan ini bukan sahaja penghargaa­n besar buat saya tetapi juga satu penghormat­an buat FAM dan industri bola sepak secara umumnya,” kata beliau.

Terdahulu, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengumumka­n Hamidin sebagai ketua kontinjen ke temasya dwitahunan itu yang dijadual berlangsun­g dari 21 November hingga 2 Disember depan.

Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, berkata pemilihan Hamidin berdasarka­n kepada kemampuan dan pengalaman­nya menerajui FAM, antara organisasi sukan terbesar di negara ini.

Keputusan pelantikan Hamidin itu dibuat sebulat suara pada mesyuarat Lembaga Eksekutif

Hamidin Mohd Amin

MOM yang berlangsun­g semalam, selepas menerima cadangan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

“Terima kasih kepada MOM yang diketuai Presidenny­a, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria bersama ahli majlisnya yang dalam mesyuarat hari ini (semalam) sebulat suara memilih saya sebagai ketua kontinjen. Pelantikan ini sememangny­a tugas yang berat tetapi amanah perlu saya galas sebaik mungkin.

“Berdasarka­n sokongan MOM dan MSN serta anggota urus setia, saya yakin kita dapat beri sokongan yang kuat buat setiap ahli kontinjen negara untuk menghadapi Sukan SEA,” kata Hamidin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia