Berita Harian

KL City, UITM buru mata sulung

-

Kuala Lumpur: Aksi dua pasukan berpangkal­an di Lembah Klang antara KL City bertemu UITM pasti menjanjika­n aksi yang lebih garang dalam usaha kedua-dua pasukan mengutip mata.

Selepas tumbang di tangan lawan masing-masing pada aksi pertama, dua pasukan itu pasti tampil dengan semangat tinggi dalam misi memburu kemenangan sulung.

Di atas kertas, KL City FC tampak memiliki sedikit kelebihan dengan deretan pemain berpengala­man yang dimiliki namun semangat muda UITM FC pun tidak boleh diperkecil­kan menjelang pertembung­an yang berlangsun­g di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam ini.

Pengendali ‘The Cityboys’, Bojan Hodak menegaskan anak buahnya kini sudah meletakkan fokus sepenuhnya untuk memenangi perlawanan terbabit.

“Banyak yang perlu diperbaiki selepas perlawanan pertama kerana ada antara pemain yang tidak menepati tahap yang dimahukan. Tetapi ada banyak faktor yang menyebabka­n perkara ini dan kita akan analisis untuk mengatur perancanga­n.

“Dalam bola sepak profesiona­l, kita tidak boleh membuat kesilapan kerana jika kita berbuat demikian, kita akan terkena. Jika mendapat peluang untuk mendapatka­n gol, kita perlu sudahkan dan ini antara yang kita perlu perbaiki,” katanya.

Sementara itu, penjaring gol tunggal buat UITM FC, Fauzi Abdul Latiff mengakui dia kini bersemanga­t untuk meledak gol, sekali gus mengharapk­an kelibatnya akan terus mendapat kepercayaa­n Frank Bernhardt.

“Saya gembira dengan gol pertama pada musim ini tetapi saya kecewa kerana pasukan tidak menang.

“Saya harap dengan gol pertama itu, saya akan terus diberi peluang untuk beraksi dalam perlawanan yang seterusnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia