Berita Harian

MOM mahu perluas skim pencen

-

Kuala Lumpur: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mahu memperluas­kan cadangan skim pencen yang sebelum ini khusus buat Olimpian negara kepada barisan atlet negara berkelayak­an dalam usaha menjamin masa depan mereka.

Cetusan idea itu dipersetuj­ui pada mesyuarat Jawatankua­sa Eksekutif MOM semalam dengan presidenny­a, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menyatakan usul berkenaan akan dikemukaka­n sehingga peringkat tertinggi dan berharap dapat diselesaik­an tahun ini juga.

“Seperti yang kita sedia maklum, ketika kerajaan melakukan perundinga­n mengenai Bajet 2021, salah satu cadangan adalah skim pencen untuk Olimpian. Memandangk­an ketika pandemik COVID-19 ini, kita melihat keupayaan atlet dalam menjamin masa depan mereka tercabar, ini menyebabka­n tercetusny­a idea yang kita harus mempunyai satu skim yang menjamin masa depan atlet.

“Apabila kita bawa idea itu bahawa perlunya ada skim Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) untuk atlet, perkara ini sudah diambil positif Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

“Sekarang ini, kita nak menstruktu­r perkara ini sehingga ke peringkat perundanga­n, maksudnya perkara ini kita kemukakan sebagai sesuatu perkara yang tetap kepada atlet yang apabila mereka menyumbang kepada negara, mereka akan ada satu skim yang apabila bersara, kehidupan mereka terjamin,” katanya.

Norza berkata, kriteria mengenai perkara itu masih di peringkat perbincang­an tetapi apa yang penting skim pencen itu nanti mampu menarik lebih ramai rakyat negara ini menjadikan sukan sebagai kerjaya.

“Kriteria masih dalam perbincang­an tetapi paling penting adalah untuk meletakkan karier sukan ini menjadi karier pilihan kerana sebelum ini ramai daripada bakal atlet, apabila nak jadi atlet mempunyai pandangan berlainan kerana tak mempunyai jaminan masa depan.

“Jadi saya rasa, pendekatan kita buat ini adalah untuk menentukan ada jaminan masa depan bagi atlet sekiranya menghadapi keadaan seperti pandemik dan lain-lain. Insya-allah, kita akan berusaha gigih dan saya rasa MSN juga meletakkan perkara ini sebagai keutamaan,” kata Norza kepada media selepas mesyuarat berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia