Berita Harian

Mahkamah Tinggi putuskan penganut Kristian boleh guna kalimah Allah dalam penerbitan agama mereka

Mahkamah Tinggi buat keputusan selepas 13 tahun difail sejak 2008

- Oleh Farah Marshita Abdul Patah farahmarsh­ita@bh.com.my

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunaka­n kalimah Allah dan tiga perkataan lain, dalam penerbitan agama itu, untuk pendidikan dalam komuniti mereka.

Selain kalimah Allah, penggunaan perkataan iaitu solat, Kaabah dan Baitullah juga dibenarkan kepada orang Kristian.

Keputusan kes itu semalam, mengambil masa selama 13 tahun dua bulan, sejak difailkan pada 2008.

Terdahulu pada prosiding itu, Hakim Datuk Nor Bee Ariffin, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan membenarka­n tiga pengisytih­aran deklarasi oleh seorang wanita keturunan Melanau dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill.

Nor Bee dalam penghakima­nnya, membenarka­n deklarasi dalam mengamalka­n kebebasan beragama yang terlindung mengikut Perkara 3, 8, 11 dan 12 Perlembaga­an Persekutua­n.

“Satu deklarasi bahawa arahan kerajaan yang dikeluarka­n oleh Bahagian Kawalan Penerbitan dalam KDN (Kementeria­n Dalam Negeri) bertarikh 1986 adalah salah di sisi udang-undang dan tidak berperlemb­agaan.

“Selain itu, satu deklarasi berdasarka­n Perkara 8 Perlembaga­an Persekutua­n bahawa pemohon dijamin hak kesamarata­an di sisi undang-undang dan dilindungi daripada diskrimina­si antara warga negara antara lain, atas alasan-alasan keagamaan dalam pentadbira­n undang-undang,” katanya.

Nor Bee berkata, Kabinet pada 1986 tidak mengenakan sekatan penuh terhadap keempat-empat perkataan itu, namun KDN melangkaui kuasanya.

Katanya, penggunaan kalimah Allah ketika itu boleh digunakan oleh gereja dengan syarat penerbitan itu hanya untuk orang Kristian.

“Dalam kes ini, pihak kementeria­n bertindak secara tidak rasional, menyalahi undang-undang dan tidak wajar.

“Jill Ireland juga menyediaka­n afidavit daripada tiga orang Islam yang menyatakan bahawa mereka tidak terkeliru dengan penggunaan perkataan itu oleh orang Kristian,” katanya.

Katanya, sudah dibuktikan bahawa apabila orang Kristian menggunaka­n Allah untuk tujuan keagamaan, ia tidak menimbulka­n sebarang kekacauan kepada keselamata­n awam.

“Masyarakat Kristian di Sarawak dan Sabah juga sudah menggunaka­n perkataan Allah hampir 400 tahun,” katanya.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutua­n Shamsul Bolhassan, ketika dihubungi, menjelaska­n penerbitan buku agama atau bahan keagamaan Kristian yang menggunaka­n empat perkataan itu hendaklah disertakan dengan penafian (disclaimer) pada kulit buku.

“Kena ada cop penafian ‘Hanya untuk penganut Kristian sahaja’ dan lambang salib,” katanya.

Sebelum ini kes itu terpaksa ditangguhk­an sebanyak 12 kali bagi mencari penyelesai­an di luar mahkamah. Bagaimanap­un, kedua-dua

Selain itu, satu deklarasi berdasarka­n Perkara 8 Perlembaga­an Persekutua­n bahawa pemohon dijamin hak kesamarata­an di sisi undang-undang dan dilindungi daripada diskrimina­si antara warga negara antara lain, atas alasanalas­an keagamaan dalam pentadbira­n undang-undang.

pihak gagal menemui kata sepakat.

Dalam prosiding itu, Jill Lawrence selaku pemohon diwakili peguam Lim Heng Seng, Annou Xavier dan Tan Hooi Ping, manakala Shamsul bertindak bagi pihak Menteri Dalam Negeri dan kerajaan selaku responden.

Pada 2008, Jill Ireland memfailkan semakan kehakiman untuk menuntut semula lapan cakera padat mengandung­i kalimah Allah dan relif hak perlembaga­annya untuk mengamalka­n agamanya dilanggar dengan menyekat atau melarang pengimport­an bahan pendidikan.

Pada 2014, Mahkamah Tinggi membenarka­n permohonan Jill Ireland an memerintah­kan supaya kesemua lapan cakera padat itu dipulangka­n, namun tidak membuat sebarang penghakima­n mengenai relif-relif lain yang dimohon.

Nor Bee Ariffin, Hakim

 ?? (Foto Saifulliza­n Tamadi/bh) ?? Pasukan peguam keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas keputusan kes Jill Ireland Lawrence Bil supaya beliau diberikan hak menyimpan lapan keping cakera padat (CD) mengandung­i kalimah Allah.
(Foto Saifulliza­n Tamadi/bh) Pasukan peguam keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas keputusan kes Jill Ireland Lawrence Bil supaya beliau diberikan hak menyimpan lapan keping cakera padat (CD) mengandung­i kalimah Allah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia