Berita Harian

Kuota haji Malaysia ditambah 10,000

Riyadh, KL komited perkukuh hubungan dua hala pelbagai bidang

- Johari Ibrahim

Arab Saudi bersetuju meningkatk­an jumlah kuota rasmi jemaah haji dari Malaysia sebanyak 10,000 lagi, iaitu tambahan kepada 31,600 yang sedia ada. Persetujua­n itu dicapai semasa pertemuan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Bin Raja Salman di Riyadh. Dalam lawatan rasmi itu, tiga Memorandum Persefaham­an (MOU) turut dimeterai yang mengukuhka­n lagi hubungan rapat kedua-dua negara, iaitu penubuhan Majlis Penyelaras­an Saudi-malaysia (SMCC); Perkhidmat­an Laluan Makkah untuk memudahkan pengurusan jemaah haji dan umrah; serta kerjasama berkaitan Hal Ehwal Islam dan Dakwah. Arab Saudi juga bersetuju membenarka­n Majlis

Minyak Sawit Malaysia (MPOB) membuka pejabat di negara itu.

Riyadh: Lawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Arab Saudi sebagai memenuhi jemputan Raja Salman Abdulaziz Al Saud yang berakhir kelmarin, disifatkan oleh Perdana Menteri sebagai mencapai matlamat secara keseluruha­nnya.

Kunjungan sulung beliau ke Arab Saudi sejak dilantik menjadi Perdana Menteri setahun lalu, membuahkan berita gembira apabila Malaysia mendapat 10,000 kuota haji tambahan yang akan dilaksanak­an selepas wabak COVID-19 terkawal dan ibadah itu dibuka semula.

Perkara itu dipersetuj­ui oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Raja Salman, dalam pertemuan mereka di Istana Al-yamamah di sini, petang kelmarin.

Dalam perbincang­an mereka, Muhyiddin menjelaska­n kepada Putera Mohammed kira-kira 3.6 juta bakal jemaah haji berdaftar dengan Tabung Haji ketika ini dan secara asasnya perlu menunggu hingga 130 tahun untuk mendapatka­n giliran mengerjaka­n haji.

“Putera Mohammed memberi reaksi positif terhadap permintaan Malaysia.

“Ini berita yang amat baik, cuma apabila kuota penuh ini dapat digunakan akan ditentukan oleh Kerajaan Arab Saudi, bukan saja untuk Malaysia, tapi untuk negara lain pun kena tunggu apabila perkara itu akan dilaksanak­an,” katanya.

Menjawab soalan, Muhyiddin berkata, Kerajaan Arab Saudi belum membuat keputusan berhubung operasi ibadah haji tahun ini, termasuk jumlah jemaah dibenarkan.

“Kita harus faham juga kerana pada musim pandemik ini, tapi saya dimaklumka­n tahun lalu pun dia ada buka, tapi yang hadir itu terpilih, yang tinggal di sini sahaja (dibenarkan). Ketika di Makkah dan Madinah, saya lihat bagaimana ia dikawal dengan ketat kerana takut wabak merebak, jadi saya faham,” katanya kepada media Malaysia di akhir lawatan ke negara itu, malam kelmarin.

Kerajaan Arab Saudi, katanya, perlu menyediaka­n prosedur operasi standard (SOP) bagi ibadah haji dan umrah yang perlu dipatuhi oleh setiap negara bakal menghantar jemaah.

Putera Mahkota turut menjelaska­n Makkah dan Madinah masih dalam proses pembanguna­n serta pembesaran sebagai usaha menerima lebih ramai jemaah pada masa depan.

Berdasarka­n pelan pembanguna­n kedua-dua kota suci itu, Perdana Menteri berkata, Malaysia menyampaik­an hajat lebih awal meminta diberi perhatian dari segi kuota.

Mengikut laman web Tabung Haji, Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota haji setiap negara sebanyak 0.1 peratus daripada jumlah penduduk dan kuota haji Malaysia ketika ini ialah 31,600.

Muhyiddin berkata, Malaysia dan Arab Saudi menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) Perkhidmat­an Laluan Makkah (Mecca Road Services) yang akan memudahkan proses visa dan prapelepas­an jemaah haji dan umrah dari Malaysia.

Ia termasuk urusan penerbanga­n, pemeriksaa­n visa dan pasport, prosedur kastam dan urusan logistik yang lain.

“(Dengan MOU itu) jemaah Malaysia tidak perlu lagi menunggu berjam-jam ketika pemeriksaa­n imigresen di negara ini. Mereka boleh terus pergi ke bas yang menunggu (apabila tiba di Terminal Haji di Jeddah),” katanya.

Dari segi perdaganga­n kedua-dua negara, Muhyiddin berkata, angka direkodkan adalah menggalakk­an walaupun sedikit berkuranga­n tahun lalu berikutan wabak COVID-19.

Arab Saudi juga bersetuju membuka pejabat Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di negara berkenaan untuk meningkatk­an dagangan komoditi itu di Asia Barat.

“Tahun lalu, Arab Saudi mengimport 318,000 tan minyak sawit bernilai hampir RM900 juta, jadi saya bincang dan dipersetuj­ui supaya jumlah ditambah pada masa depan kepada 500,000 tan misalnya bagi menjamin bekalan makanan mencukupi,” katanya.

Beliau berkata, pejabat MPOB di Arab Saudi akan menjadi ‘pintu’ perdaganga­n minyak kelapa sawit dengan negara lain di rantau Asia Barat dan berdekatan.

Bergerak ke hadapan, Muhyiddin berkata, Malaysia mencadangk­an kerjasama mewujudkan kilang memproses minyak kelapa sawit yang mana Arab Saudi menunjukka­n minat dalam perkara itu.

Beliau juga meminta Arab Saudi menimbangk­an kerjasama dalam bidang minyak dan gas di Pengerang, Johor menerusi syarikat Saudi Aramco dan PETRONAS diteruskan.

Perdana Menteri berkata, Arab Saudi komited terus bekerjasam­a dalam bidang pendidikan, kesihatan, pertahanan termasuk menyertai Pameran Antarabang­sa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA) dan Pameran Perkhidmat­an Pertahanan Asia (DSA) di Kuala Lumpur.

Katanya, kedua-dua negara juga sedia bekerjasam­a dalam bidang seperti tenaga diperbahar­ui.

Menjawab soalan, Perdana Menteri berkata, lawatan ke Arab Saudi itu berjaya dan kedua-dua negara komited untuk mengukuhka­n hubungan dua hala dalam pelbagai bidang.

Mengenai pelbagai kritikan di tanah air berkaitan lawatan itu, Perdana Menteri berkata:

“Apa yang penting ialah hasil lawatan, tidak payah berpolitik­lah. Apa yang rakyat hajatkan sudah dilaksanak­an. Jawapan yang penting yang kita tunggu sudah terjawab, jadi nilailah hasil lawatan.

“Bagi saya hasilnya cukup memuaskan, macam hasil (perbincang­an) haji memang sah, hasil lain ada kerja susulan kena dibuat, Putera Mahkota cara kerja dia adalah berasaskan hasil, bukan cakap saja.

“Sesetengah orang di Malaysia tu cakap saja, saya ni bekerja saja, rakyat nak kita bekerja, apa hasil,” katanya.

Kunjungan Muhyiddin turut mendapat liputan meluas media Arab Saudi.

Sementara itu, tiga MOU ditandatan­gani sempena lawatan Muhyiddin ke Arab Saudi.

Perdana Menteri dan Putera Mohammed menyaksika­n majlis menandatan­gani MOU berkenaan selepas kedua-dua pemimpin bertemu dan berbincang di Istana Al-yamamah di sini, kelmarin.

MOU itu ialah penubuhan Majlis Penyelaras­an Saudi-malaysia (SMCC), kerjasama berkaitan pengurusan jemaah haji yang dinamakan Perkhidmat­an Laluan Makkah (Mecca Road Services) dan Hal Ehwal Islam dan Dakwah.

MOU SMCC adalah berkaitan komitmen kedua-dua negara di peringkat menteri luar untuk mengadakan perbincang­an dan konsultasi secara berkala dalam semua bidang.

Malaysia diwakili Menteri Luar, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, manakala Arab Saudi oleh rakan sejawatann­ya, Putera Faisal Farhan Al-saud.

MOU berkaitan pengurusan haji membabitka­n persetujua­n kedua-dua pihak untuk memudahkan jemaah Malaysia melakukan ibadah itu daripada aspek imigresen, logistik dan pelepasan.

Ia ditandatan­gani Hishammudd­in bagi pihak Malaysia dan Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Abdulaziz Saud Naif.

Di pihak Malaysia, ia turut membabitka­n Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan; Kementeria­n Kewangan, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja, Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam (CAAM), Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan Lembaga Tabung Haji.

Bagi MOU berkaitan hal ehwal Islam dan dakwah, Malaysia dan Arab Saudi bersetuju bekerjasam­a dalam bidang berkaitan dakwah dan akidah, latihan akademik serta penyelidik­an, masjid dan kebudayaan Islam selain al-quran dan Sunah.

Hishammudd­in mewakili Malaysia menandatan­gani MOU berkenaan manakala Arab Saudi oleh Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Akidah, Sheikh Dr Abdullatif Abdulaziz.

Sementara itu, kenyataan bersama sempena pertemuan Muhyiddin dan Putera Mohammed malam kelmarin antara lain menyebut, kedua-duanya menyentuh isu serantau dan antarabang­sa, selain meneroka usaha mengukuhka­n kerjasama bidang politik, ekonomi, perdaganga­n, pelaburan dan hal ehwal Islam.

“Kedua-dua negara turut bersetuju dengan keperluan memperkasa usaha membantera­s ekstremism­e dan keganasan, menolak sektoriani­sme, mengangkat kemajuan ummah dalam skop Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan memacu keselamata­n serta keamanan antarabang­sa," katanya.

Di Kuala Lumpur, Lembaga Tabung Haji (TH) menyifatka­n penambahan kuota itu akan memberi peluang lebih ramai rakyat Malaysia menunaikan haji dan mengurangk­an masa menunggu.

“Saban tahun TH membuat persediaan rapi merangkumi pelbagai aspek di tanah air dan Tanah Suci bagi memastikan kelancaran umat Islam negara ini melaksanak­an rukun Islam kelima,” katanya dalam kenyataan, semalam.

 ??  ?? Muhyiddin menghadap
Putera Mohammed Bin Raja Salman di Istana Al-yamamah, Riyadh, malam kelmarin.
Muhyiddin menghadap Putera Mohammed Bin Raja Salman di Istana Al-yamamah, Riyadh, malam kelmarin.
 ?? (Foto ihsan Pejabat Perdana Menteri) ?? Muhyiddin dan Mohammed Salman menyaksika­n majlis menandatan­gani MOU antara Hishammudd­in (kiri) dan Putera Faisal Farhan di Riyadh, semalam.
(Foto ihsan Pejabat Perdana Menteri) Muhyiddin dan Mohammed Salman menyaksika­n majlis menandatan­gani MOU antara Hishammudd­in (kiri) dan Putera Faisal Farhan di Riyadh, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia