Berita Harian

Tambahan kuota haji iktiraf kebolehan negara urus jemaah

-

Kuala Lumpur: Kejayaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ke Arab Saudi yang berakhir semalam, membuktika­n hubungan rapat dan kukuh terus terjalin antara Kuala Lumpur dan Riyadh.

Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabang­sa (ISIS), Herizal Hazri, berkata antara hasil lawatan termasuk kejayaan mendapat tambahan 10,000 kuota haji menunjukka­n Arab Saudi mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap kerajaan dan umat Islam Malaysia.

“Tidak mudah untuk dapat tambahan kuota. Ia perlu melalui proses yang sangat sensitif kerana Arab Saudi adalah penjaga kota Makkah yang menjadi milik semua umat Islam di seluruh dunia.

“Pemberian kuota juga menunjukka­n kebolehan serta reputasi kita mengurus jemaah haji dengan baik selama ini,” katanya ketika temu bual Buletin BERNAMA, di BERNAMA TV, semalam.

Dalam lawatan itu, Malaysia dan Arab Saudi juga memeterai memorandum persefaham­an (MOU) untuk memudahkan proses prapelepas­an jemaah haji dan umrah dari Malaysia.

Mengulas mengenai pembentuka­n Majlis Penyelaras­an Arab Saudi-malaysia, Herizal berkata, ia menunjukka­n komitmen serius kedua-dua kerajaan untuk merapatkan hubungan bilateral dan memperluas bentuk kerjasama sedia ada.

“Jawatankua­sa ini dapat mendorong idea (kerjasama) berada di landasan yang betul. Jika ada kekangan, jawatankua­sa ini tentu dapat menjadi pemudah cara antara kedua-dua negara,” katanya.

Herizal berkata, dalam konteks hubungan Kuala Lumpur-riyadh, kedua-dua negara boleh melihat bentuk kerjasama pasca COVID-19 untuk menyelesai­kan masalah ekonomi serta membangun semula industri terjejas seperti pelanconga­n dan pembuatan.

Katanya, Malaysia dan Arab Saudi mempunyai beberapa mekanisme untuk menyelesai­kan isu berkenaan seperti pelaburan dalam bidang inovasi dan teknologi serta kerjasama dalam pembanguna­n vaksin.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai reputasi yang baik dalam aspek pensijilan halal dan penyelidik­an melalui Institut Penyelidik­an Perubatan (IMR) serta standard yang tinggi dalam mengawal selia pandemik COVID-19 dalam negara.

Herizal berkata, Malaysia dan Arab Saudi juga boleh meningkatk­an kerjasama pendidikan sains dan teknologi dalam usaha membangun semula reputasi agama Islam yang selama ini mempunyai tradisi yang kuat dalam bidang itu.

Perbincang­an antara Muhyiddin dan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman Abdulaziz Al-saud yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan pada hari terakhir lawatan, turut menyentuh mengenai ekonomi, pertahanan, pendidikan, jaminan makanan, perdaganga­n dan pelaburan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia