Berita Harian

585 bebuli vaksin dikembali

Pihak Pfizer akan menggantik­an semula bilangan dos rosak

- Oleh Mohd Amin Jalil bhnews@bh.com.my

Rembau: Sebanyak 585 bebuli vaksin daripada lebih 500,000 dos vaksin COVID-19 jenis Pfizer-biontech yang diterima Malaysia, dikembalik­an kepada syarikat pengeluar itu selepas didapati mengalami kerosakan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, berkata vaksin berkenaan didapati tidak berada dalam suhu sepatutnya ketika dalam proses penghantar­an dari kilang di Belgium ke Malaysia.

“Ketika dalam perjalanan dari Belgium ke Malaysia, suhu penyimpana­n meningkat daripada negatif 70 darjah Celcius kepada suhu yang tidak diterima oleh pihak Kementeria­n Kesihatan (KKM).

“Bagaimanap­un, kerosakan bebuli itu adalah dalam kuantiti kecil dan pihak Pfizer akan mengganti semula bilangan dos yang dihantar pulang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin, Klinik Kesihatan Rembau di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chembong, Datuk Zaifulbahr­i Idris

Khairy (kiri) meninjau

dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS), Datin Dr Harlina Abdul Rashid.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata tiada kes kesihatan serius membabitka­n penerima vaksin dilaporkan setakat ini, melainkan alahan kecil.

Beliau berkata, kebanyakan kes itu dapat diselesaik­an dalam tempoh 24 jam.

Setakat ini, katanya, kira-kira 150,000 individu terutama membabitka­n petugas barisan hadapan sudah menerima suntikan vaksin dalam fasa pertama.

“Proses suntikan vaksin fasa pertama ketika ini tidak perlu dipercepat­kan kerana kadar sedia ada dianggap terbaik, selain bergantung kepada penjaduala­n penghantar­an dos daripada pembekal.

“Jika jadual penghantar­an vaksin dapat dibuat sepenuhnya pada Mac seperti dijanjikan pembekal, maka pada akhir bulan ini kita dapat selesaikan sekurang-kurangnya dos pertama kepada penerima yang tersenarai fasa pertama.

“Namun jika ada kelewatan daripada Pfizer, sudah tentu ia akan berganjak ke April,” katanya.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau menegaskan, pemberian suntikan fasa ketiga dijangka boleh mencecah 150,000 sehari jika pusat imuninasi membabitka­n stadium dan dewan orang ramai beroperasi.

Buat masa ini, katanya, apa yang perlu diselesaik­an ialah petugas barisan hadapan.

Beliau berkata, vaksin Sinovac keluaran China dijadual tiba di negara ini, Isnin depan.

 ?? (Foto Azrul Edham Mohd Aminuddin/bh) ?? semalam. persediaan pemberian suntikan di Pusat Pemberian Vaksin, Klinik Kesihatan Rembau,
(Foto Azrul Edham Mohd Aminuddin/bh) semalam. persediaan pemberian suntikan di Pusat Pemberian Vaksin, Klinik Kesihatan Rembau,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia