Berita Harian

1,448 kes baharu, 5 kematian semalam

-

Putrajaya: Sebanyak 1,448 kes COVID-19 dilaporkan semalam, dengan 10 kes dikesan mendapat jangkitan dari luar negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambaha­n kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 317,717 kes.

Katanya, Selangor kekal mencatatka­n pertambaha­n kes harian tertinggi dengan 561 kes, diikuti Johor (273) dan Sarawak 199 kes.

“Sehingga kini jumlah kes aktif dengan kebolehjan­gkitann COVID-19 ialah sebanyak 18,010 kes dan daripada jumlah ini 151 kes sedang dirawat di Unit Rawatan

Rapi (ICU) manakala 72 kes memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumka­n terdapat lima kes kematian baharu membabitka­n pesakit berusia antara 43 hingga 72 tahun dan mempunyai pelbagai penyakit kronik menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 1,191 kes.

Beliau turut memaklumka­n sehingga jam 12 tengah hari pihaknya merekodkan sebanyak 2,147 kes sembuh daripada COVID-19.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 298,516 kes bersamaan 93.96 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes di negara ini.

Dr Noor Hisham berkata, lima kluster baharu dilaporkan semalam, masing-masing dua kluster di tempat kerja dan dalam kalangan komuniti, manakala satu kluster membabitka­n kes import.

“Kluster yang dikesan dalam kalangan kes import ini dikenali sebagai Kluster Pona membabitka­n daerah Johor Bahru.

“Kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 hari ini (semalam) hasil saringan sebelum ke luar negara yang membabitka­n kru sebuah kapal kargo yang berlabuh di Pelabuhan Tanjung

Pelepas, Johor Bahru pada 6 Mac lalu.

“Kapal kargo ini mempunyai sejarah perjalanan dari Surabaya, Indonesia dan sehingga kini kluster berkenaan sudah menjangkit­i lapan individu,” katanya.

Mengenai kluster lain, Dr Noor Hisham berkata Kluster Sungai Puteh dikesan di Hulu Langat dan kini menjangkit­i 21 kes.

“Turut dikesan ialah Kluster Dagang Permai (Hulu Langat) menjangkit­i 16 kes; Kluster Parit Penyengat Darat (Muar) menjangkit­i 124 kes serta Kluster Melor (Pusa, Sarawak) menjangkit­i 14 kes,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia