Berita Harian

186 doktor swasta dibenar keluar perintah kuarantin

Pengamal perubatan boleh kendali pesakit positif di klinik, hospital swasta

-

Putrajaya: Seramai 186 pengamal perubatan swasta diberikan kuasa di bawah Seksyen 10 (2) Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 bagi mengendali­kan kes positif COVID-19 berkuat kuasa esok.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata semua mereka berkuasa mengeluark­an perintah pengawasan dan pemerhatia­n di rumah atau Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID serta arahan pemakaian gelang kuarantin.

“Pengamal perubatan swasta ini dibenar mengendali­kan kes positif COVID-19 di tempat mereka bekerja sama ada di klinik atau hospital swasta,” katanya selepas melancarka­n buku The COVID-19 Chronicles of Malaysia-navigating the

Storm, semalam.

Mengenai pecahan pengamal perubatan swasta terbabit mengikut negeri, Dr Adham berkata, Selangor mempunyai jumlah tertinggi iaitu 66, diikuti Kuala Lumpur (43), Johor (26), Pulau Pinang (16) dan Negeri Sembilan (13).

Selebihnya adalah masing-masing empat di Melaka dan Perlis, manakala masing-masing tiga di Perak dan Terengganu, masing-masing dua di Pahang, Kelantan dan Sabah, selain masing-masing satu di Kedah serta Putrajaya.

Dr Adham berkata, Pejabat Kesihatan Daerah diberi tanggungja­wab menyediaka­n garis panduan kepada pengamal perubatan swasta terbabit.

Mengenai proses vaksinasi bagi barisan hadapan, Dr Adham berkata, sasaran 60 peratus daripada 500,000 petugas barisan hadapan mendapat suntikan vaksin COVID-19 dijangka dicapai minggu ini dan setakat ini, 195,923 individu sudah mendapat suntikan.

Seramai 4.68 juta rakyat negara ini sudah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 melalui aplikasi Mysejahter­a.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Dr Adham melancarka­n The COVID-19 Chronicles Of Malaysia-navigating The Storm di Putrajaya, semalam.
(Foto BERNAMA) Dr Adham melancarka­n The COVID-19 Chronicles Of Malaysia-navigating The Storm di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia