Berita Harian

451 ditahan ingkar SOP, meningkat berbanding sebelumnya

-

Kuala Lumpur: Seramai 451 individu ditahan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di seluruh negara, kelmarin.

Jumlah itu meningkat berbanding sehari sebelumnya yang mencatatka­n 269 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP.

Menteri Kanan Keselamata­n, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu 393 individu dikompaun manakala 58 lagi direman.

Beliau berkata, kesalahan gagal menyediaka­n peralatan merekod butiran diri pelanggan mencatatka­n 129 kesalahan, aktiviti pusat hiburan (82), tiada penjarakan fizikal (79), aktiviti pelacuran (75), rentas negeri (28), tidak memakai pelitup muka (49) dan kesalahan premis beroperasi lebih masa tanpa kebenaran (sembilan).

“Task Force Operasi Pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat 69,230 pemeriksaa­n semalam bagi memantau dan menguatkua­sakan pematuhan SOP,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Ismail Sabri, berkata dalam Operasi Benteng (Op Benteng) pasukan keselamata­n menahan 24 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas empat kenderaan darat.

“Dalam operasi Op Benteng, pasukan keselamata­n membabitka­n PDRM, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia turut mengesan 103 kapal dan bot di perairan negara melalui tujuh aktiviti penglihata­n.

“Selain itu lima orang PATI turut diusir menerusi tiga aktiviti pengusiran,” katanya.

Dalam perkembang­an lain kerajaan menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di Flat Sibu Jaya, Sibu, Sarawak, hari ini.

Sehingga kini Kementeria­n Kesihatan (KKM) sudah melaksanak­an 6,875 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif 390 kes dilaporkan.

KKM mengesahka­n baki kes aktif di lokaliti ini menunjukka­n trend penurunan, terkawal dan tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia