Berita Harian

Duta AS kagum Malaysia kekang pandemik

-

Serdang: Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Brian Mcfeeters, kagum dengan tindak balas Malaysia mengekang penularan COVID-19 termasuk merawat pesakit dan melaksanak­an program vaksinasi.

“Seluruh dunia berdepan cabaran akibat krisis ini, setiap negara lakukan yang terbaik. Saya bukan pakar, tapi daripada apa yang saya tahu, saya rasa Malaysia melakukan tugas luar biasa,” katanya.

Mcfeeters bercakap kepada media selepas menyaksika­n penyerahan sumbangan AS kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan Bersepadu COVID-19 (PKRC) 2.0, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), semalam.

Sumbangan alat ujian COVID-19 dan kelengkapa­n peralatan perlindung­an diri (PPE) ber- jumlah AS$75,000 (RM309,000) diberikan Jabatan Pertahanan AS, Bahagian Perintah Kemanusiaa­n Luar Indo-pasifik AS (USINDOPACO­M) serta Pejabat Bencana dan Bantuan Awam (OHDACA).

“Saya harap sumbangan PPE dan kit ujian pantas ini memberi manfaat kepada barisan hadapan. Saya harap sumbangan ini sebagai pengiktira­fan terhadap hubungan erat yang lama terjalin dan usaha bersama kami untuk memberikan bantuan kemanusiaa­n

Mcfeeters (dua dari kanan)

ketika krisis,” katanya.

Beliau berkata, syarikat AS di Malaysia juga aktif, dengan menyumbang lebih RM7 juta kepada usaha bantuan COVID-19 sejak tahun lalu.

Mcfeeters berkata, AS komited terhadap usaha bantuan COVID-19 global dan negara itu menjanjika­n AS$4 juta hingga 2022 dengan separuh daripadany­a diberikan kepada COVAX, menjadikan ia penyumbang terbesar dalam usaha COVAX.

Mengenai hubungan As-malaysia, katanya, kedutaan turut menumpukan untuk membangun hubungan lebih erat antara kedua-dua negara.

“Tiga bidang utama adalah hubungan ekonomi, hubungan keselamata­n dan hubungan antara rakyat seperti program pertukaran, pendidikan dan pembelajar­an mengenai sistem masing-masing yang mungkin termasuk meminta anggota Parlimen Malaysia mengunjung­i Kongres AS,” katanya.

Dalam hubungan ekonomi, Mcfeeters berkata, kedua-dua negara mempunyai hubungan yang kukuh dengan nilai dagangan sekitar AS$60 bilion setiap tahun.

Katanya, AS juga melabur sekitar AS$10 bilion di Malaysia, yang menghasilk­an hampir 100,000 pekerjaan untuk rakyat negara ini. BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? MAEPS Serdang, semalam. bergambar selepas menyaksika­n penyerahan sumbangan AS kepada PKRC 2.0, di
(Foto BERNAMA) MAEPS Serdang, semalam. bergambar selepas menyaksika­n penyerahan sumbangan AS kepada PKRC 2.0, di

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia