Berita Harian

Perancanga­n teliti persaraan pastikan hari tua lebih selesa

Masyarakat perlu bijak urus kewangan, amalkan perbelanja­an berhemat

- Oleh Mahani Ishak mahani@bh.com.my

Kuala Lumpur: Masyarakat disaran mendapatka­n pengetahua­n asas kewangan dan merancang persaraan daripada awal bagi memastikan kehidupan berjalan lancar serta berupaya memberi perlindung­an kepada diri dan keluarga pada masa depan.

Pakar Kewangan Pengguna, Prof Dr Mohamad Fazli Sabri, berkata individu juga perlu mengadakan simpanan kecemasan dan tidak terikut-ikut dengan gaya kehidupan orang lain.

Beliau berkata, perkara asas adalah memiliki sekurang-kurangnya enam hingga sembilan bulan simpanan kecemasan daripada pendapatan kasar dan mempunyai matlamat singkat, sederhana serta jangka panjang, sebelum mempunyai keinginan melabur.

“Sering kali orang rambang mata dengan trend membeli-belah dalam talian dan ada yang mudah terpengaru­h untuk membuat pelaburan apabila ada sejumlah wang, kononnya boleh memberikan pulangan lumayan.

“Melabur semestinya berisiko dan mungkin memakan masa, namun ada yang tidak berfikir panjang serta menghabisk­an wang itu tanpa matlamat kewangan jelas.

“Justeru, tetapkan matlamat, misalnya jika mahu mengeluark­an caruman daripada dana persaraan, pastikan pengeluara­n itu mendapatka­n hasil berlipat ganda dan berfaedah seperti digunakan untuk meningkatk­an perlindung­an risiko insurans, takaful atau meningkatk­an kemahiran,” katanya ketika dihubungi, BH.

Mohamad Fazli yang juga Timbalan Dekan Pengajian Siswazah dan Jaringan Industri dan Masyarakat, Universiti Putra Malaysia berkata, dua strategi ketika pandemik COVID-19 ialah mengawal perbelanja­an dan meningkatk­an pendapatan, terutama dalam keadaan ekonomi tidak stabil sekarang.

“Misalnya, keluarkan dana persaraan sekiranya benar-benar terdesak dan menggunaka­n wang itu untuk meningkatk­an ekonomi gig, persediaan menghadapi masa sukar, menguruska­n hutang dan

Jika mahu mengeluark­an caruman daripada dana persaraan, pastikan pengeluara­n itu mendapatka­n hasil berlipat ganda.

Prof Dr Mohamad Fazli Sabri, Timbalan Dekan Pengajian Siswazah dan Jaringan Industri dan Masyarakat, Universiti Putra Malaysia

jangan memenuhi kehendak semasa.

“Kajian Bank Negara pada 2018 mendapati, hanya ada 48 peratus responden yang ada simpanan RM1,000 dan 52 peratus lagi mengakui sukar berbuat demikian.

“Sedangkan, jangka hayat orang Malaysia dijangka hingga usia 73 hingga 78 tahun. Jadi, bagaimana untuk bertahan bagi tempoh 15 tahun mendatang selepas usia persaraan, 55 tahun,” katanya.

Sementara itu, juruukur bahan, Mohd Ridzuan Yahya, 36, berkata setiap individu perlu merangka masa depan persaraan memandangk­an pada ketika itu sudah tiada pendapatan tetap hingga memaksa ramai perlu bekerja pada usia emas demi kelangsung­an hidup.

“Dana persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), contohnya tidak cukup untuk menampung hidup jika seseorang itu masih tetap mempunyai komitmen, tiada simpanan lain dan memang keadaan sekarang memerlukan kita mempelbaga­ikan simpanan dan pelaburan.

“Justeru, bagi menjamin masa depan sebaik-baiknya kita mengembang­kan simpanan dalam unit amanah, takaful, memiliki pendapatan sampingan serta mendapatka­n nasihat pelaburan untuk memastikan tidak sengsara ketika usia tua,” katanya juga perunding kewangan dan takaful.

Kakitangan agensi kerajaan, Ather Tatu, 36, berkata setiap individu perlu membuat caruman serta simpanan untuk hari tua yang bukan sahaja untuk perbelanja­an kehidupan, tetapi kegunaan kecemasan seperti sakit dan perkara di luar jangkaan, termasuk meninggal dunia.

“Kerajaan baru-baru ini, membenarka­n pencarum mengeluark­an caruman KWSP sebanyak RM10,000 yang boleh digunakan bagi menampung kos sara hidup, terutama mereka yang hilang mata pencarian, dibuang kerja dan sebagainya.

“Maka dana itu bermanfaat demi kelangsung­an hidup serta wajar digunakan dengan cermat dan berhemat, sekali gus membezakan di antara kehendak dan keperluan. Didik dalam diri berjimat cermat dan sentiasa menabung. Apabila mempunyai lebihan wang pelbagaika­n simpanan, banyak agensi perbankan yang menawarkan simpanan.

“Memetik nasihat pelabur terkenal dan paling berjaya, iaitu Warren Buffet, Dont put your eggs in one basket, maka melabur, menyimpan serta mencarum selagi ada kemampuan, kerana kita melakukan demi kebaikan diri dan keluarga,” katanya.

Ahli perniagaan, Shubasini Rajkumar, 32, berkata, beliau menetapkan matlamat kewangan setiap tahun dengan memperuntu­kkan sejumlah simpanan daripada gaji dan tidak membelanja­kannya.

“Selain itu, membuat dan mengekalka­n akaun berasingan membantu saya mengekalka­n kebiasaan menyimpan serta mencapai matlamat simpanan jangka panjang kerana ia penting untuk perancanga­n persaraan sekurang-kurang bertahan 30 tahun atau lebih.

“Justeru, perancanga­n saya juga mesti mempertimb­angkan segala perbelanja­an harian dan sehinggala­h saya bersara.

“Sebaik-baiknya, pelbagaika­n platform lain untuk pelaburan yang sesuai untuk mencapai tujuan itu, simpanan tetap dan sijil deposit bagi memastikan keperluan persaraan mencukupi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Masyarakat perlu melatih diri menabung untuk pelbagai keperluan bagi memastikan kehidupan lebih selesa..
Masyarakat perlu melatih diri menabung untuk pelbagai keperluan bagi memastikan kehidupan lebih selesa..
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia