Berita Harian

Mohon benar melancong guna kenderaan sendiri

BUMITRA mahu kepentinga­n pengusaha hotel, chalet terjamin

- Oleh Latifah Arifin latifah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Peserta pelanconga­n berkeluarg­a disaran dibenarkan menggunaka­n kenderaan sendiri bagi merancakka­n aktiviti pelanconga­n domestik negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Presiden Persatuan Syarikat Pengendali­an Pelanconga­n Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Harun K C Ahmmu, berkata perkara ini perlu dipertimba­ngkan kerana ia membabitka­n kepentinga­n pemain industri pelanconga­n.

Katanya, ini membabitka­n kepentinga­n pengusaha hotel, chalet, tempat peranginan dan tapak sejarah.

“Kami sarankan dibenarkan peserta pelanconga­n berkeluarg­a menggunaka­n kenderaan sendiri dengan mendapat khidmat agensi pelanconga­n demi keselamata­n dan memakmurka­n setiap industri pelanconga­n.

“Peserta pelanconga­n boleh menempah pakej pilihan melalui platform Shopee yang diusahakan Tourism Malaysia bagi membantu syarikat agensi pelanconga­n mengiklank­an produk masing-masing,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Kelmarin, Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan mengumumka­n Gelembung Pelanconga­n Bersasar yang membenarka­n pelancong bergerak dari kawasan PKPP, merentas negeri PKPP lain.

Kebenaran pergerakan itu tertakluk penggunaan perkhidmat­an agensi pelanconga­n berdaftar, merangkumi khidmat pengangkut­an dan penginapan.

Orang ramai digalakkan melancong sambil menikmati diskaun diperuntuk­kan melalui Pakej Rangsangan PENJANA dengan strategi secara usaha sama membabitka­n pemain industri tempatan.

Sementara itu, Harun berkata, BUMITRA menyambut baik keputusan kerajaan membenarka­n aktiviti rentas negeri membabitka­n negeri di bawah PKPP.

“Kebenaran ini melegakan semua penggiat industri pelanconga­n, lebih-lebih lagi peserta pelanconga­n perlu menggunaka­n perkhidmat­an syarikat agensi pelanconga­n dan kenderaan pelanconga­n berdaftar dengan Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC),” katanya.

Kebenaran aktiviti rentas negeri

 ??  ?? di bawah PKPP legakan penggiat industri pelanconga­n.
di bawah PKPP legakan penggiat industri pelanconga­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia