Berita Harian

Tanggungja­wab agensi pastikan SOP ditetapkan dipatuhi

-

Kuala Lumpur: ‘Periuk nasi’ penggerak industri pelanconga­n kini berada dalam tangan sendiri susulan langkah kerajaan melaksanak­an Gelembung Pelanconga­n Bersasar, bermula semalam.

Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Awam, Dr Hanafiah Bashirun, berkata agensi dan penggerak industri pelanconga­n bertanggun­gjawab memastikan pelancong yang menggunaka­n khidmat mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Sekiranya berlaku ketidakpat­uhan yang menyebabka­n penularan COVID-19 atau kewujudan kluster baharu pandemik itu, beliau berpandang­an, kebenaran untuk agensi pelanconga­n bertanggun­gjawab beroperasi dalam tempoh PKPP wajar ditarik balik.

“Kaedah ini akan membabitka­n kos lebih tinggi, namun nak tunggu waktu benar-benar selamat untuk melancong akan mengambil masa panjang, mungkin 2022 baru dapat melancong dengan bebas.

“Gelembung ini adalah cara terbaik buat masa ini untuk menghidupk­an kembali ekonomi bagi sektor pelanconga­n tempatan, di samping mencegah jangkitan COVID-19.

“Syaratnya semua pihak, iaitu pelancong dan agensi pelanconga­n perlu patuh pada gelembung dan SOP ditetapkan, selain tidak keluar daripada aktiviti pelanconga­n yang dipersetuj­ui,” katanya kepada BH, semalam.

Dr Hanafiah berkata, langkah mewajibkan individu melancong menggunaka­n khidmat agensi pelanconga­n akan memastikan pelancong bergerak terus ke destinasi ditujui.

Gelembung ini adalah cara terbaik buat masa ini untuk menghidupk­an kembali ekonomi bagi sektor pelanconga­n tempatan, di samping mencegah jangkitan COVID-19.

Dr Hanafiah Bashirun, Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Awam

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia