Berita Harian

Warga tempatan digalak sertai sektor binaan

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Kerja Raya (KKR) menggalakk­an warga tempatan hilang pekerjaan akibat penularan COVID-19, untuk menyertai sektor pembinaan yang kini berdepan kekurangan tenaga pekerja.

Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata warga tempatan boleh menyertai sektor itu, sama ada di peringkat pengurusan atau kerja 3D (kotor, bahaya dan sukar) dengan menjalani latihan bersama Lembaga Pembanguna­n Industri Binaan Malaysia (CIDB).

Bagaimanap­un, beliau mengakui sektor itu berdepan tugas mencabar menarik rakyat tempatan untuk bekerja dalam bidang 3D, menyebabka­n rata-rata tapak pembinaan tidak dapat beroperasi dengan kapasiti penuh.

“Sekarang, sempadan negara masih ditutup, sebab itu pekerja asing dari luar tidak boleh masuk. Itu cabaran kita.

“Maka kita galakkan rakyat kita yang terjejas akibat COVID-19 menyertai sektor pembinaan,” katanya selepas Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Untuk Projek Infra Rakyat di sini, semalam.

Fadillah berkata, kekurangan jumlah pekerja dalam sektor pembinaan ketika ini agak ketara, terutama di beberapa negeri, menyebabka­n kebanyakan tapak pembinaan tidak dapat beroperasi dengan kapasiti penuh.

“Lebih 90 peratus tapak pembinaan beroperasi, namun majoriti dengan kapasiti antara 50 hingga 75 peratus. Hanya segelintir dapat beroperasi pada kapasiti 100 peratus," katanya.

Terdahulu, Fadillah menyerahka­n SST kepada empat kontraktor untuk pembanguna­n infrastruk­tur dan prasarana bagi empat projek di bawah Kementeria­n Pendidikan dan Kementeria­n Pengajian Tinggi bernilai kira-kira RM600 juta.

Antaranya projek pembinaan dan penyiapan Hospital Pengajar dan Pusat Kesihatan Prima (PKP) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Kota Samarahan, Sarawak, dengan kapasiti 300 katil bernilai RM485.9 juta.

Katanya, projek kedua adalah pembinaan Kompleks Sukan Kampus Gong Badak di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Kuala Terengganu, dengan kontrak bernilai RM18.89 juta.

“Ketiga, penyiapan baki kerja projek pembinaan Pusat Islam dan Pembanguna­n Insan serta masjid berkapasit­i 3,500 jemaah di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kos RM11.9 juta.

“Projek keempat adalah pembinaan blok baharu bagi Kelas Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) serta kemudahan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) di Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara, Labuan dengan kos RM9.96 juta.

Pada majlis sama, Fadillah turut menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada JKR Sabah yang berjaya mengeluark­an SST bagi 10 projek di bawah Program Sekolah Daif Sabah 2020.

 ?? (Foto Hairul Anuar Rahim/bh) ?? Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith menyampaik­an tender kepada Pengarah JKR Pahang, Hafizah Zakaria sambil diperhatik­an Fadillah di Kompleks Kerja Raya, Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Hairul Anuar Rahim/bh) Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith menyampaik­an tender kepada Pengarah JKR Pahang, Hafizah Zakaria sambil diperhatik­an Fadillah di Kompleks Kerja Raya, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia