Berita Harian

Kerajaan cadang naikkan kadar caruman PERKESO

Kenaikan ambil kira situasi semasa, jamin tambahan tak beban pencarum

- Oleh Fahmy A Rosli fahmy.azril@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan bercadang menaikkan kadar caruman mengikut Akta Keselamata­n Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), dalam masa terdekat.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata pihaknya memberi jaminan bahawa jika berlaku peningkata­n sekalipun, ia tidak akan membebanka­n pencarum.

Beliau berkata, kenaikan itu perlu mengambil kira situasi semasa dan risiko yang dihadapi pekerja sekarang.

“Kita sedang mengkaji dalam masa terdekat. Tetapi saya bagi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa peningkata­n itu tidak akan membebanka­n rakyat.

“Saya lihat, permintaan sudah meningkat daripada semua sektor. Rakyat pun sudah mula sedar kebaikan perlindung­an PERKESO (Pertubuhan Keselamata­n Sosial).

“Saya percaya permintaan sudah meningkat, saya percaya dengan keadaan ini kita perlu menaikkan caruman sedikit tanpa membebanka­n rakyat.

“Mungkin kenaikan dalam RM1 atau RM2 sebab kita sudah perluaskan perlindung­an keselamata­n,” katanya pada sidang media, semalam.

Beliau sebelum itu menyaksika­n Memorandum Persefaham­an (MOU) kerjasama strategik antara Kementeria­n Sumber Manusia dan Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi.

Yang turut hadir Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar; Timbalan Menterinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim.

Saravanan berkata, akta itu tidak pernah dipinda sejak penubuhan PERKESO pada 1971.

“Kali terakhir kita perkenalka­n PERKESO pada 1971 sehingga hari ini dari segi sumbangan sudah meningkat hampir 100 peratus, tetapi kita tak pernah menaikkan caruman,” katanya.

Terdahulu, bercakap pada majlis sama, Saravanan berkata, menerusi kerjasama bersama Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional), PERKESO akan memudah cara pendaftara­n caruman bagi Skim Keselamata­n Sosial Pekerjaan Sendiri

(SKSPS) bagi penerima biaya di bawah agensi berkenaan.

Beliau berkata, melalui caruman bulanan serendah RM13.10 atau tahunan yang minimum, pencarum dapat menikmati pelbagai faedah termasuk perubatan, hilang upaya sementara dan orang tanggungan.

“Hari ini, kita sudah mula berikan perlindung­an kepada sektor tidak formal yang saya percaya akan membabitka­n kos yang lebih tinggi dan dari segi risiko pun memang tinggi,” katanya.

Selain memudah cara pendaftara­n caruman, tiga MOU dimeterai semalam, membabitka­n usaha memperluas­kan peluang pekerjaan, penyediaan program peningkata­n kemahiran dan kemahiran semula bagi usahawan tempatan menerusi agensi di bawah kedua-kedua kementeria­n terbabit.

Kali terakhir kita perkenal PERKESO pada 1971 sehingga hari ini dari segi sumbangan sudah meningkat hampir 100 peratus, tetapi kita tak pernah menaikkan caruman.

M Saravanan,

Menteri Sumber Manusia

 ?? (Foto Eizairi Shamsudin /BH) ?? Saravanan (berdiri kiri) bersama Wan Junaidi menyaksika­n majlis menandatan­gani MOU antara Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed (duduk, kiri) dengan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembanguna­n Keusahawan­an) Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi, Datuk Zamri Salleh di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Eizairi Shamsudin /BH) Saravanan (berdiri kiri) bersama Wan Junaidi menyaksika­n majlis menandatan­gani MOU antara Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed (duduk, kiri) dengan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembanguna­n Keusahawan­an) Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi, Datuk Zamri Salleh di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia