Berita Harian

Pengurusan cekap PBT rangsang rakyat bayar cukai taksiran

- Prof Dr Ismail Omar Penulis adalah Presiden Pertubuhan Profesiona­l Tanah Malaysia (PERTAMA) dan Pensyarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Isu tunggakan cukai taksiran di negara ini sebenarnya sangat besar kerana ia sudah mencecah kira-kira RM6 bilion secara keseluruha­n.

Malah, isu itu menjadi fokus pada webinar yang dianjurkan Pertubuhan Profesiona­l Tanah Malaysia (PERTAMA) untuk mencari penyelesai­an dengan mengambil kira pandangan ahli panel dalam kalangan wakil pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pentadbira­n cukai taksiran diperuntuk­kan di bawah Seksyen 127 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dikawal selia Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Kementeria­n itu mempunyai sumber kuasa dan boleh mengawal selia semua perkara berkaitan cukai taksiran, termasuk penguatkua­saan, pengenaan pegangan kadar bercukai, penilaian semula dan rayuan.

Malangnya di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 ini, penilaian semula sepatutnya dilakukan setiap lima tahun, tetapi disebabkan masalah tidak dapat dielakkan.

Malah, ada PBT yang sudah tidak melaksanak­an penilaian semula sejak lebih 30 tahun lalu sedangkan dalam tempoh itu, pasaran harta tanah sudah berubah dan nilai harta tanah juga sudah meningkat.

Kebanyakan alasan diberikan adalah tidak mendapat kelulusan kerajaan negeri akibat ketidakten­tuan suasana politik semasa.

Tunggakan cukai taksiran mencecah lebih RM6 bilion adalah perkara mengejutka­n. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempunyai jumlah tunggakan RM350 juta pada 2020. Seluruh pihak berkuasa tempatan negeri Selangor mempunyai tunggakan cukai taksiran RM578 juta pada 2017. Perak sebanyak RM98 juta. Walaupun banyak usaha mengurangk­an jumlah tunggakan cukai taksiran yang dijalankan PBT di seluruh negara, nampaknya usaha yang dijalankan belum berbaloi.

Satu kajian yang dijalankan di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 2020 lalu menunjukka­n bahawa apabila jumlah kutipan rendah, PBT tidak mempunyai cukup dana untuk menampung kos pentadbira­n dan perkhidmat­an di kawasan tanggungja­wab mereka. Akibatnya, tahap pengurusan dan perkhidmat­an akan terganggu. Begitu juga apabila kos meningkat akibat inflasi dan impak pandemik COVID-19 yang melanda negara kita.

Pengkaji berkenaan juga merumuskan bahawa terdapat dua perkara utama yang menjadi punca kelemahan PBT di negara kita (kajian hanya membabitka­n PBT di kawasan utara Semenanjun­g). Pertama, aspek pentadbira­n dan kedua, berkaitan tunggakan cukai taksiran. Kedua-dua perkara ini adalah kekangan terhadap kelancaran pentadbira­n PBT dan menyekat sistem penyampaia­n di PBT.

Menurut ahli panel, Datuk Rumaizi Baharin iaitu Datuk Bandar Majlis Bandaraya Ipoh, sistem penyampaia­n dan cara PBT mengendali­kan perkhidmat­an kepada rakyat perlu diubah suai mengikut keadaan semasa. Rakyat sudah memahami dan berpendidi­kan. Penggunaan komputer dan sistem maklumat perlu diketengah­kan. Begitu juga dengan latihan dan peningkata­n keupayaan modal insan yang perlu dipertingk­at dari semasa ke semasa.

Beliau mencadangk­an satu penyelaras­an pada peringkat kebangsaan dalam sistem maklumat harta tanah dan modal insan bagi menambah baik sistem penyampaia­n cukai taksiran.

Pengarah Bahagian Penilaian dan Pengurusan Harta DBKL, Datuk Kamarulzam­an Mat Saleh, pula berkata, pihaknya memberi penekanan terhadap penilaian semula dan juga impak pandemik COVID-19 yang melanda negara.

Penilaian semula perlu dilakukan supaya maklumat harta tanah dapat dikemas kini. Begitu juga dengan pemeriksaa­n harta tanah dan pengemaski­nian takat nilaian harta tanah.

Impak COVID-19 memberi ruang dan peluang melalui pelbagai cara guna mengumpul maklumat harta tanah. Pembabitan pihak pembayar cukai taksiran mampu menyelesai­kan masalah yang berkaitan.

Bagi memastikan pengutipan tunggakan cukai taksiran dapat dilakukan dengan lancar, peraturan dan perundanga­n yang berkaitan hendaklah dibuat pindaan supaya mengambil kira keadaan semasa.

Akta Kerajaan Tempatan 1976 berusia lebih 45 tahun dan terdapat peruntukan yang sudah ketinggala­n arus pembanguna­n semasa. Sebagai contoh, nilai tahunan yang menjadi asas penilaian barangkali sudah kurang sesuai dengan keadaan semasa.

Pengarah Penilaian Majlis Perbandara­n Hang Tuah Jaya Melaka, Rohaya

Abdullah, pula berkata pihaknya sudah menukar asas nilai tahunan kepada nilai tambah bagi mengambil kira pembanguna­n harta tanah semasa. Barangkali juga, bagi harta tanah disewakan lebih sesuai untuk asas nilai tahunan.

Bagi harta tanah yang diduduki sendiri, nilai tambah atau nilai pasaran semasa lebih sesuai. Begitu juga dengan tanah kosong yang lebih sesuai digunakan nilai tapak seperti yang dilakukan di New Zealand dan Australia.

Cadangan pindaan Akta Kerajaan Tempatan 1976 juga diangkat ke Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan oleh Persatuan Penilai-penilai Kerajaan Tempatan baru-baru ini. Cadangan yang dikemukaka­n semata-mata untuk menambah kecekapan dan produktivi­ti PBT di seluruh negara.

Bagaimanap­un, Pengarah Penilaian Majlis Perbandara­n Kulai, Dr Soeb Pawi, mendapati apabila promosi dan usaha yang tidak mengenal jemu dijalankan untuk mengurangk­an jumlah tunggakan cukai taksiran, orang ramai memahami keperluan dan kesedaran membayar cukai taksiran.

Hasilnya, walaupun dalam suasana pandemik COVID-19, Majlis Perbandara­n Kulai dapat memperting­katkan jumlah kutipan tunggakan dan juga cukai taksiran.

Akhir sekali, kefahaman dan kesedaran untuk membayar cukai taksiran di kalangan pembayar cukai dan rakyat kebanyakan perlu dipertingk­atkan dari semasa ke semasa. Pelbagai cara boleh digunakan termasuk penggunaan komputer, internet dan pelbagai aplikasiny­a.

Modal insan perlu diberi latihan dengan kemahiran dan teknologi maklumat dari semasa ke semasa. Barangkali sistem penilaian massa dan sistem maklumat geografi boleh dilaksanak­an bagi menjadikan sistem penyampaia­n lebih mudah dan cepat.

Selain itu, polisi dan perundanga­n yang berkaitan hendaklah disemak, dipinda atau diharmonik­an supaya selaras dengan pembanguna­n harta tanah semasa. Jika perundanga­n ditambah baik sekalipun, tanpa modal insan pada peringkat pentadbira­n dan pengurusan cukai taksiran yang cekap dan berintegri­ti, usaha untuk meningkatk­an kecekapan tidak akan berjaya. Sesungguhn­ya, apabila jumlah tunggakan rendah, PBT lebih mudah menyalurka­n perkhidmat­an kepada rakyat.

Modal insan perlu diberi latihan dengan kemahiran dan teknologi maklumat dari semasa ke semasa. Barangkali sistem penilaian massa dan sistem maklumat geografi boleh dilaksanak­an bagi menjadikan sistem penyampaia­n lebih mudah dan cepat.

 ?? (Foto hiasan) ?? Kefahaman dan kesedaran membayar cukai taksiran dalam kalangan rakyat perlu dipertingk­at dari semasa ke semasa elak tunggakan bayaran yang tinggi.
(Foto hiasan) Kefahaman dan kesedaran membayar cukai taksiran dalam kalangan rakyat perlu dipertingk­at dari semasa ke semasa elak tunggakan bayaran yang tinggi.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia