Berita Harian

Pandu laju penyebab utama kemalangan maut

- Noradrenal­ina Isah Penulis adalah Pegawai Penyelidik, Kluster Speed, Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS)

Kemalangan jalan raya menjadi fokus utama, termasuk Malaysia kerana ia membabitka­n kehilangan nyawa dan kecederaan manusia, kerosakan harta benda serta kerugian hingga jutaan ringgit yang terpaksa ditanggung mangsa, keluarga dan kerajaan. Berdasarka­n statistik kemalangan jalan raya pada 2018, jumlah nyawa terkorban adalah sebanyak 6,000 dan angka ini konsisten sepanjang dekad lalu, iaitu 2009 hingga 2018. Indeks kematian akibat kemalangan jalan raya per 100,000 populasi penduduk pada 2018 pula ialah sebanyak 19.39.

Sikap pemandu yang memandu laju menjadi penyebab utama kemalangan maut di seluruh dunia. Tidak hairanlah memandu melebihi had laju menjadi kesalahan di bawah Seksyen 40(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Berdasarka­n laporan penyiasata­n pelanggara­n dikeluarka­n Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS) pada 2020, tingkah laku pemanduan berisiko dan memandu melebihi had laju menjadi penyumbang bilangan kematian tertinggi dan dapatan data konsisten sepanjang tempoh enam tahun, iaitu antara 2011 hingga 2016.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada 2017 menyatakan memandu melebihi had laju menyumbang kepada 30 peratus kematian akibat nahas jalan raya di negara berpendapa­tan tinggi.

Di negara berpendapa­tan rendah dan sederhana pula, ia faktor utama yang dianggarka­n menyumbang kepada separuh jumlah keseluruha­n kes kemalangan.

Pemanduan melebihi had laju berpotensi meningkatk­an risiko perlanggar­an dan mengakibat­kan kecederaan parah.

Setiap peningkata­n purata kelajuan 1 kilometer per jam akan meningkatk­an risiko kemalangan dengan tiga peratus peningkata­n akan mengakibat­kan kecederaan parah, manakala empat peratus hingga lima peratus peningkata­n boleh menyebabka­n kematian.

Meskipun menyedari bahaya pemanduan melebihi had laju, masih ramai pemandu di negara ini masih ingkar. Mereka tetap melakukan kesalahan sama walaupun mencatat pungutan saman tertinggi saban tahun.

Alasan mereka memandu laju ialah kurang mengambil perhatian terhadap had kelajuan kenderaan dipandu, faktor tekanan masa ingin cepat sampai ke destinasi, kurang kenderaan di jalan raya dan tidak pasti ketetapan had laju di sesuatu kawasan.

Pemandu kerap memandu laju sering dikaitkan mahukan keseronoka­n, pencapaian sensasi dan cabaran dengan kelajuan maksimum.

Sikap menunjuk-nunjuk memiliki kenderaan berkuasa tinggi dan memandu laju juga menjadi petunjuk kepuasan seolah-olah menjadi trend semasa.

Faktor lain ialah pengaruh rakan sebaya, menunjuk kehebatan kemahiran memandu laju dan berani mengambil risiko hingga terjebak dalam aktiviti kegiatan lumba haram.

Kajian MIROS terhadap 1,194 pemandu dan penunggang mendapati 77 peratus melaporkan pernah memandu melebihi had laju ditetapkan, iaitu lebih 10 kilometer sejam (km/j) dan 71 peratus melebihi 20 km/j dalam tempoh sebulan lalu meskipun seramai 62 peratus bersetuju memandu laju ialah permasalah­an serius.

Mereka juga mengakui kebarangka­lian dikenakan saman oleh pihak penguat kuasa sekiranya melakukan kesalahan memandu melebihi had laju ialah sebanyak 60 peratus sahaja.

Oleh itu, bagi membendung permasalah­an ini, kajian lanjutan mengenai kaitan antara punca pelanggara­n jalan raya dengan sikap pemandu yang suka memandu laju perlu dilaksanak­an secara terperinci dan mendalam.

Adalah amat wajar pemandu terbabit diberi didikan dan kesedaran berhubung bahaya serta impak memandu laju menerusi pendidikan, kempen dan kursus komprehens­if.

Pemandu perlu sentiasa beringat malang tidak berbau dan perbuatan gemar memandu laju berbahaya serta berisiko tinggi. Kelajuan memanglah menyeronok­kan tetapi ia mungkin membunuh.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia