Berita Harian

Penyaluran aduan cegah tragedi alam sekitar

- Syed Kamal, Kuala Lumpur

Sungai Kim Kim di Pasir Gudang kini tercemar lagi, malah ia disyaki berkemungk­inan lebih teruk daripada dua tahun lalu.

Ia mendapat perhatian khusus Kementeria­n Alam Sekitar dan Air dan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Pemantauan dan pemeriksaa­n kualiti air dilakukan JAS sejak pagi Isnin lalu.

Bagaimanap­un, persampela­n air sungai masih mendapati kualiti DO dan ph air Sungai Kim Kim dalam lingkungan julat normal. Ini bermakna ia masih selamat daripada pencemaran sisa berunsur kimia atau unsur boleh mengancam kesihatan.

Ada mendakwa air seakan-akan kelihatan hitam warnanya. Namun, perkara itu tidak dapat disahkan JAS dengan ada kemungkina­n ia tidak membabitka­n keseluruha­n 1.5 kilometer (km) jalur Sungai Kim Kim.

Namun, JAS tetap menjalanka­n operasi pemantauan menerusi dron di sepanjang sungai itu. Operasi itu masih belum dapat mengenal pasti punca pencemaran seperti didakwa penduduk setempat.

Sudah tentunya, JAS akan berkongsi maklumat sekiranya aktiviti meragukan seperti pembuangan sisa toksik dapat dikesan menerusi pemantauan secara menyeluruh ini. Bahkan, operasi dron JAS akan diteruskan secara berkala untuk memastikan Sungai Kim Kim tidak tercemar lagi.

Berikutan itu, penduduk setempat disarankan menyalurka­n aduan dan maklumat secepat mungkin kepada pihak berwajib sekiranya terdapat punca disyaki mencemarka­n Sungai Kim Kim.

Pada masa sama, perkara serius sebegini tidak seharusnya hanya dikongsi di media sosial untuk mengelakka­n salah faham atau pun penularan berita tidak tepat.

Tanpa laporan penduduk setempat, pihak berwajib sukar bertindak secara berkesan. Tanpa siasatan lebih lanjut, maklumat dikongsi kepada umum hanya berdasarka­n pemerhatia­n kasar, bukan secara saintifik.

Ketidaktep­atan pemerhatia­n boleh menimbulka­n keresahan kepada penduduk, lebih-lebih lagi sekiranya ia dimanipula­si pihak tidak bertanggun­gjawab.

Umum maklum ramai dalam kalangan penduduk Pasir Gudang masih terkesan akibat kejadian dua tahun lalu. Oleh itu, masyarakat tidak seharusnya mengeruhka­n trauma masyarakat yang sedia ada.

Lebih penting lagi, penyaluran aduan kepada pihak berwajib membolehka­n siasatan digerakkan sebelum bukti pencemaran hilang di lokasi kejadian. Tanpa kerjasama ini, pencemar alam sekitar akan memastikan pelepasan sisa akan hanya dilakukan selepas ketiadaan pihak berkuasa atau wartawan.

Kementeria­n Alam Sekitar dan Air, JAS, kerajaan Johor dan polis juga dapat menjamin bukan sahaja pencemar alam sekitar akan diberkas, malah kilang terbabit akan ditutup dan pengurusan­nya didakwa di mahkamah.

Kali ini, pencemar alam sekitar boleh dihukum lebih berat berikut penambahba­ikan Seksyen 12 Akta Industri Perkhidmat­an Air 2006, yang mendapat kelulusan Jemaah Menteri.

Malah, empat tertuduh kes pencemaran Sungai Kim Kim sudah didakwa di mahkamah.

Oleh itu, adalah penting untuk masyarakat setempat dan pihak berwajib menjalin persefaham­an utuh dalam usaha mencegah pencemaran alam sekitar agar tragedi Sungai Kim Kim dahulu tidak akan berulang lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia