Berita Harian

Proses ketat KKM tapis vaksin jaminan isu keselamata­n

-

Mengambil pengajaran daripada cerita tular di portal berita, kadar kematian akibat implikasi COVID-19 di Brazil meningkat hingga mencecah 1,600 kematian sehari.

Ini berlaku bukan kerana mereka tiada vaksin, tetapi kerana enggan mengambiln­ya dan tindakan pihak berwajib memberhent­ikan proses pemberian vaksin.

Tindakan ini dipercayai kerana mereka takut mengambil vaksin COVID-19, walaupun mereka sendiri memvaksink­an orang lain di daerah terbabit.

Kita tidak dapat nafikan, memang ada pihak masih ragu-ragu mengambil vaksin kerana tidak mengetahui akan kesan sampingann­ya.

Namun, di negara kita ia sedikit berbeza. Proses melulus, membeli dan membawa masuk setiap mililiter cecair vaksin perlu melalui proses amat ketat Kementeria­n Kesihatan (KKM).

Perkara ini diberi jaminan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba sendiri. Katanya, KKM tetap dengan pendirian setiap vaksin dibawa masuk perlu melalui tapisan ketat oleh Badan Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Semua ini bagi memastikan jaminan keselamata­n terhadap penerima vaksin COVID-19.

Malah, testimoni juga sudah ada di hadapan mata kita. Bermula Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hingga barisan hadapan, tiada seorang pun mengalami kesan sampingan kritikal.

Yakinlah vaksin COVID-19 ini tidak memudaratk­an. Dr Adham sendiri mengakui seramai 139,722 petugas barisan hadapan menerima suntikan imunisasi sejak 8 Mac lalu, tidak menunjukka­n kesan membimbang­kan hingga saat ini.

Ayuh kita sama-sama mendaftark­an diri untuk divaksin melalui tiga kaedah, iaitu aplikasi Mysejahter­a, secara hotline dan bersemuka di fasiliti KKM berhampira­n.

Jadilah penyumbang pembentuka­n imunisasi kelompok di negara ini dengan sama-sama mengambil vaksin COVID-19 ini. Lindungi diri, lindungi semua.

Dr Muhammad Kelantani, Bandar Baru Bangi

Bermula Perdana Menteri hingga barisan hadapan, tiada seorang pun mengalami kesan sampingan kritikal.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia