Berita Harian

Tugas petik daun diserah kepada sindiket elak tindakan

-

Padang Terap: Petani yang mengusahak­an tanaman ketum di negeri ini, bertindak menyerahka­n urusan memetik daun kepada sindiket sepenuhnya, bagi mengelak tindakan pihak berkuasa.

Menerusi pendekatan itu, petani ketum hanya menunggu bayaran sama ada dibayar secara pukal atau ansuran setiap bulan selepas mencapai persetujua­n urusan petik dan jual dengan anggota sindiket.

“Buat bendang susah, tanam ketum mudah,” kata seorang penduduk kampung di Lubuk Lesong, Tekai di sini, yang menanam pokok ketum sejak lebih 10 tahun lalu.

Dikenali sebagai Pak Man, 50-an, berkata dia mula menanam pokok ketum selepas tanaman padinya diserang penyakit menyebabka­nnya tidak mendapat sebarang hasil pendapatan sekitar tahun 2010.

Katanya, demi menampung kerugian, seorang rakan mencadangk­annya menanam pokok ketum secara kecil-kecilan di bahagian petak sawah yang tidak berapa subur sebagai persediaan jika padi diserang lagi penyakit.

“Mula-mula memang takut tanam sebab kita tahu jual ketum ini salah, tetapi apabila dapat hasil boleh tahan juga.

“Ketum kita tanam dan biar saja, cuma tebas rumput sekeliling pokok sekali-sekala. Lepas dua tahun lebih boleh dapat hasil dan teruskan saja,” katanya ketika ditemui BH di sini.

Pak Man berkata, dia hanya menanam dan menjaga pokok ketum, manakala kerja memetik dan menjual daun ketum diuruskan orang lain.

“Saya serah kerja petik kepada seorang rakan, dia yang cari orang petik dan jual kepada orang tengah.

“Kadang-kadang kita pun tidak tahu bila mereka datang petik, tetapi sebulan boleh petik dua kali. Bolehlah dapat RM3,000 ke RM4,000 sebulan,” katanya.

Difahamkan, pokok ketum urat hijau dan urat merah antara jenis yang mendapat permintaan paling tinggi dan paling banyak ditanam dengan harganya adalah sekitar RM8 ke RM10 sekilogram di kebun.

“Tanam ketum di kampung sudah jadi perkara biasa kerana jika hanya bergantung hasil padi memang tidak mampu sara keluarga.

“Cuma apabila ada orang menawarkan mahu membeli ketum dalam jumlah banyak, ada penduduk mula tanam pokok ketum dalam jumlah besar demi mendapat hasil lumayan,” katanya.

 ??  ?? Petani hanya menanam ketum dan menyerahka­n urusan memetik daun kepada sindiket bagi mengelak dikenakan tindakan.
Petani hanya menanam ketum dan menyerahka­n urusan memetik daun kepada sindiket bagi mengelak dikenakan tindakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia