Berita Harian

UMNO, PAS bincang agenda pemerkasaa­n gabungan

-

Kuala Lumpur: UMNO dan PAS mengadakan Mesyuarat Jawatankua­sa Perunding Muafakat Nasional (MN) di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi, antara lain membincang­kan agenda pemerkasaa­n gabungan itu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata, mesyuarat dipengerus­ikan bersama Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan rakan sejawatnya dari PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ia turut disertai 12 ahli pimpinan tertinggi masing-masing daripada kedua-dua parti.

“Banyak perkara akan kita runding, terutama mengenai pemerkasaa­n MN, sebab kita tidak pernah buat kenyataan sebaliknya, kita memang ingin memperkasa­kan MN, UMNO begitu dan PAS juga begitu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Ditanya agenda mesyuarat itu sama ada turut memberi kata dua kepada PAS untuk memilih bekerjasam­a dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) atau UMNO, Ahmad berkata, ia adalah hak PAS jika ingin bekerjasam­a dengan BERSATU dalam Perikatan Nasional (PN).

“Hubungan PAS dan UMNO ini sudah bermula lebih awal daripada hubungan PAS dan BERSATU dalam PN, tidak ada sebab kenapa kami perlu adakan kata dua (kepada PAS),” katanya.

Berhubung pembahagia­n kerusi, Ahmad berkata, beliau melihat tiada pertembung­an dalam pembahagia­n kerusi antara UMNO dan PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

“Antara UMNO dan PAS kita harap tidak ada pertembung­an, tapi antara UMNO dan BERSATU itu kita ‘akan perhatikan dulu,” katanya.

Terdahulu, pada sebelah petang, UMNO dan PAS mengadakan Mesyuarat Jawatankua­sa Teknikal MN, dipengerus­ikan bersama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.

Mohamed Khaled berkata, mesyuarat berkala itu cerminan betapa eratnya hubungan kedua-dua parti yang berusaha mengukuhka­n MN.

“Walaupun macam-macam diperkatak­an di luar, tapi hubungan kami (UMNO dan PAS), pertemuan kami masih ada dan diteruskan,” katanya.

Sebelum ini UMNO memutuskan menolak kerjasama dengan BERSATU pada PRU-15, namun kekal dengan pendirian untuk mengukuhka­n MN. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia