Berita Harian

Projek KL Bund di Sungai Gombak dilaksana

-

Putrajaya: Kementeria­n Wilayah Persekutua­n akan melaksanak­an Projek KL Bund bernilai RM400 juta di sepanjang Sungai Gombak.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa, berkata projek sepanjang jarak dua kilometer di jajaran Sungai Gombak itu akan melengkapk­an Projek Sungai Nadi Kehidupan (ROL) di Kuala Lumpur.

Katanya, menerusi projek baharu itu juga akan memajukan kawasan sungai serta memberi impak kepada pembanguna­n sekitar.

“Kita sudah mengadakan perbincang­an dengan pihak pemaju bagi projek berkenaan dan akan menggunaka­n peruntukan sedia ada diterima kementeria­n sebelum ini.

“Projek yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun ini juga bertepatan dengan saranan Jemaah Menteri untuk melanjutka­n projek ROL dengan mencantikk­an sepanjang sungai yang melalui Kuala Lumpur,” katanya selepas menghadiri perhimpuna­n bulanan kementeria­nnya, di sini, semalam.

Projek berkenaan akan dilakukan secara berperingk­at bermula jarak 700 meter di sekitar Kampung Puah sehingga menghampir­i Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Annuar berkata, dengan teknologi digunakan di bahagian permukaan sungai itu, orang ramai boleh melakukan aktiviti rekreasi seperti berenang dan sebagainya.

“Di tebing sungai pula akan dibangunka­n pembanguna­n moden dan lokasi untuk orang ramai beriadah serta kawasan bagi peniaga kecil berniaga,” katanya.

Kita sudah mengadakan perbincang­an dengan pihak pemaju bagi projek itu dan akan menggunaka­n peruntukan sedia ada diterima kementeria­n sebelum ini.

Annuar Musa,

Menteri Wilayah Persekutua­n

 ??  ?? Ilustrasi Projek KL Bund sepanjang Sungai Gombak.
Ilustrasi Projek KL Bund sepanjang Sungai Gombak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia