Berita Harian

Tamrin mengaku tak salah hina kerabat diraja Johor

-

Johor Bahru: Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan menghina kerabat diraja Johor, tahun lalu.

Mohd Tamrin, 71, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapny­a di hadapan Hakim, Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Mengikut pertuduhan, Mohd Tamrin yang juga anak sulung bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarha­m Tun Abdul Ghafar Baba didakwa menggunaka­n aplikasi blog, ‘tamrintung­hafar’ di pautan http://tamrintung­hafar.blogspot.com, secara sedar membuat komunikasi jelik sifatnya dengan niat menyakitka­n hati orang lain yang dibaca di laman ‘Page Facebook Dato Tamrin Tun Abdul Ghafar’ di https://m.facebook.com/ story.php?storyfbid=5187583888­9704 & id= 3394641101­30880.

Lampiran yang disertakan bersama pertuduhan itu membabitka­n artikel bertajuk Tmj-bodoh Sombong Yang Tak Boleh Diajar yang mengaitkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail

Ibrahim, selain Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam dan Pengerusi MARA itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Kota Southkey, kira-kira jam 7 malam pada 2 Februari 2020.

Mohd Tamrin didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah seksyen 233(3) Akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau dipenjara maksimum setahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutny­a RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan dilakukan Ketua Unit, Unit Jenayah Am dan Ketenteram­an Awam, Datuk Yusaini Amer Abdul Karim dan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman, manakala Mohd Tamrin diwakili Muhammad Rafique Rashid Ali.

Terdahulu, Yusaini memohon mahkamah mengenakan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin, bagaimanap­un peguam tertuduh memohon jaminan dikenakan tidak lebih RM5,000 dengan alasan anak guamnya seorang penganggur ketika ini dan perlu membuat rawatan susulan setiap bulan selepas menjalani pembedahan jantung.

Mahkamah kemudian memerintah­kan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 23 Mei depan bagi serahan dokumen.

Mohd Tamrin Abdul Ghafar

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia