Berita Harian

Polis paut bonet kereta sejauh 150m

Pasangan elak pemeriksaa­n sudah ditahan

- Oleh Faris Fuad faris.fuad@bh.com.my

Kuala Lumpur: Seorang anggota polis berdepan detik cemas apabila terpaksa berpaut pada bonet kereta sejauh kira-kira 150 meter (m) selepas pemandunya memecut kenderaan ketika melarikan diri daripada pemeriksaa­n di Bandar Baru Bangi, di sini, malam kelmarin.

Kejadian di kawasan letak kereta sebuah restoran makanan segera di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi itu sempat dirakam orang awam yang berada di tempat kejadian sebelum tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam, sepasukan polis menghampir­i sebuah kereta yang mencurigak­an, di parkir di kawasan itu dalam keadaan enjin yang masih hidup untuk pemeriksaa­n.

Katanya, anggota polis menyuluh dan mengetuk cermin kenderaan itu sebelum mendapati ada seorang lelaki dan perempuan di dalamnya.

Bagaimanap­un, katanya, selepas menyedari kehadiran polis pemandunya cuba melanggar anggota polis itu serta motosikaln­ya ketika cuba melarikan diri.

“Keadaan itu memaksa anggota polis terbabit melompat di atas bonet kenderaan Perodua Alza dan terpaksa berpaut dalam keadaan kenderaan dipandu laju sejauh kira-kira 150 meter sebelum mangsa terjatuh,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd Zaid berkata, bagaimanap­un anggota polis itu hanya cedera ringan, manakala kenderaan berkenaan berjaya melarikan diri ke arah Jalan Persiaran Jaya, Bandar Baru Bangi.

“Berdasarka­n nombor pendaftara­n kenderaan, polis berjaya menahan seorang lelaki dan seorang wanita pada jam 3.04 pagi semalam.

“Kedua-dua suspek yang berusia 19 dan 20 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkut­an Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya dan melulu,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, kes turut disiasat mengikut Seksyen 186, Seksyen 307 dan Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas polis, cubaan membunuh dan mencederak­an penjawat awam.

“Motif sebenar pemandu itu melarikan diri ketika pemeriksaa­n masih disiasat.

“Orang ramai mempunyai maklumat boleh hubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mu’az Mazlan di talian 017-9788804,” katanya.

Sebelum ini, video berdurasi 40 saat tular di media sosial menunjukka­n seorang anggota polis berpaut pada sebuah kereta Perodua Alza berwarna biru sebelum kenderaan itu memecut meninggalk­an tempat kejadian.

 ??  ?? Video tular di media sosial menunjukka­n seorang anggota polis berpaut pada sebuah kereta sebelum memecut meninggalk­an tempat kejadian di Bandar Baru Bangi, malam kelmarin.
Video tular di media sosial menunjukka­n seorang anggota polis berpaut pada sebuah kereta sebelum memecut meninggalk­an tempat kejadian di Bandar Baru Bangi, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia