Berita Harian

Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian suami isteri

-

Kajang: Seorang penghantar dokumen sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabka­n kematian sepasang suami isteri dalam kemalangan di Jalan Saujana Impian, Ahad lalu.

S Lokganathe­n, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Syahrul Sazli Md Sain.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga pekerja sambilan di Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r (PUSPAKOM) didakwa memandu kenderaan secara melulu sehingga menyebabka­n kematian pemandu kereta, Remyzan Baharudin, 42, dan penumpang hadapan, Suzyla Ahmad Dahlan, 40.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di Jalan Saujana Impian, jam 4 petang pada 7 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 (pindaan) 2020 dan boleh dihukum mengikut seksyen sama, memperuntu­kkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000 dan hilang kelayakan lesen memandu lima tahun jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Liyana Mohd Sulaiman menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanap­un, tertuduh yang diwakili peguam, S Malini Devi memohon jumlah jaminan dikurangka­n dengan alasan tertuduh pencari nafkah utama keluarga, selain perlu menanggung ibu kandung dan ibu mentuanya.

Mahkamah kemudian membenarka­n tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampira­n sebulan sekali sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 13 April ini untuk sebutan semula kes.

BH sebelum ini melaporkan, sepasang suami isteri maut selepas Perodua Bezza dinaiki bersama dua anak mereka dirempuh sebuah van yang hilang kawalan di Jalan Saujana Impian, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan dilaporkan, berkata kejadian berlaku pada jam 4 petang ketika mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke arah Semenyih.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia