Berita Harian

Penghuni Apartmen Teratai pertikai tindakan bubar JMB

MDHS didakwa lantik syarikat pengurusan aset swasta secara tergesa-gesa

- Oleh Wartawan BH bhnews@bh.com.my

Bukit Beruntung: Tindakan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) membubarka­n Jawatankua­sa Mengurus Bersama (JMB) kelompok Apartmen Teratai di sini, dipertikai­kan komuniti penghuni perumahan strata itu.

Pembubaran JMB yang dilakukan Pejabat Pesuruhjay­a Bangunan (COB) MDHS itu, disifatkan dibuat secara tergesa-gesa, seolah-olah mempunyai agenda tersembuny­i.

Pengambila­lihan itu dibuat dalam tempoh kurang seminggu selepas setiausaha Jawatankua­sa Mengurus Komuniti (JMC) yang menaungi JMB Apartmen Teratai itu, meletak jawatan secara mengejut.

Setiausaha JMC perumahan itu didakwa meletak jawatan tanpa memaklumka­n kepada lima ahli jawatankua­sa yang lain termasuk pengerusin­ya, sebaliknya terus memaklumka­n langkah itu kepada COB.

Peletakan jawatan setiausaha terbabit, didakwa diambil kesempatan pihak berkenaan bagi membubarka­n JMB Apartmen Teratai, sebelum melantik sebuah syarikat pengurusan aset serta-merta.

Pengerusi JMC Apartmen Teratai, Ahmad Izar Ismail, mendakwa pihaknya langsung tidak dipanggil berbincang oleh COB MDHS selepas mengetahui setiausaha badan itu meletakkan jawatan pada 15 Februari lalu.

Beliau berkata, sepatutnya JMC diketuainy­a dipanggil berbincang dan diberi peluang mengadakan mesyuarat agung luar biasa bagi membuat pemilihan baharu bagi membolehka­n jawatan setiausaha itu diisi.

“Bagaimanap­un, dalam hal ini pihak yang sepatutnya menjadi orang tengah atau membantu penduduk tidak berbuat demikian, sebaliknya terus membubarka­n JMB dan melantik sebuah syarikat pengurusan aset swasta sebelum dimaklumka­n kepada JMC pada 19 Februari lalu.

“Sepanjang mengendali­kan JMB Apartmen Teratai, tiada masalah. Malah dalam tempoh tiga tahun ini, kami menyelesai­kan tunggakan bayaran elektrik berjumlah kira-kira RM300,000, selain sebahagian besar tunggakan cukai tanah.

“Malah, ketika ini, dua akaun semasa kendalian kami mempunyai dana berjumlah lebih RM700,000. Ini bukti kejayaan pengurusan JMB di bawah JMC Apartmen Teratai sejak tiga tahun lalu.

“Berdasarka­n pencapaian ini, sewajarnya MDHS membenarka­n kami meneruskan pengurusan perumahan ini tanpa perlu melantik syarikat swasta untuk mengambil alih,” katanya ketika ditemui di sini.

Ahmad Izar mendakwa, sebelum ini MDHS pernah cuba mengambil alih pengurusan JMB di situ tetapi dibantah pendudukny­a, sehinggala­h setiausaha­nya meletak jawatan mengejut pada 15 Februari lalu.

Perumahan Apartmen Teratai mempunyai 11 blok perumahan berstrata dan lebih 3,000 penduduk mendiami kawasan berkenaan.

Setiap pemilik perumahan di situ dikenakan bayaran penyelengg­araan RM33 sebulan, termasuk RM3 untuk Sinking fund (kumpulan wang pelepasan).

Sinking fund merujuk wang kecemasan untuk digunakan khas bagi tujuan pembaikan dan penggantia­n baru utiliti, pembelian premium kebakaran untuk keseluruha­n apartmen, mengecat keseluruha­n bangunan bagi mengekalka­n kualiti dan lain-lain.

Setiausaha Persatuan Penduduk Apartmen Teratai, Tajul Arif

Shahrudin, menyifatka­n tindakan MDHS membubarka­n JMC dan mengambil alih JMB perumahan itu adalah sesuatu yang tidak wajar.

“Sebagai sebuah jabatan kerajaan, COB di bawah MDHS sepatutnya menjadi pembimbing kepada JMC perumahan ini jika ada masalah, dan bukannya mengambil peluang mengambil alih pengurusan­nya,

“Selama ini, pengurusan JMC dan JMB di sini tiada masalah, malah berhasil menarik ramai pemilik perumahan di sini menyelesai­kan yuran penyelengg­araan masing-masing setiap bulan.

“Justeru, adalah tidak wajar secara tiba-tiba pengurusan perumahan ini diambil alih dan diberikan kepada syarikat swasta yang sudah pasti bermotifka­n keuntungan,” katanya.

Tajul Arif berkata, jika alasan JMC tidak cukup korum berikutan peletakan jawatan setiausaha­nya, badan penduduk itu sepatutnya diberi peluang memanggil mesyuarat agung luar biasa bagi membuat perlantika­n baharu.

 ??  ?? Sebahagian ahli jawatan kuasa dan wakil penghuni Apartmen Teratai, Bukit Beruntung yang tidak berpuas hati dengan tindakan MDHS membubarka­n JMC dan JMB perumahan mereka.
Sebahagian ahli jawatan kuasa dan wakil penghuni Apartmen Teratai, Bukit Beruntung yang tidak berpuas hati dengan tindakan MDHS membubarka­n JMC dan JMB perumahan mereka.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia